Malaysia Oversight

Gimbal DJI Osmo Mobile 8 Dilancarkan Dengan Sokongan Pergerakan 360 Darjah

By Amanz in October 24, 2025 – Reading time 1 minute
Gimbal DJI Osmo Mobile 8 Dilancarkan Dengan Sokongan Pergerakan 360 Darjah


Gimbal DJI Osmo Mobile 8 Dilancarkan Dengan Sokongan Pergerakan 360 Darjah

October 24, 2025
Fotografi

Effi Saharudin

Gimbal telefon pintar DJI Osmo Mobile 8 diumumkan hari ini dengan ia membawakan sokongan pergerakan 360 darjah dan bahagian leher yang boleh dipanjangkan untuk mengambil video atau gambar seperti kayu swafoto. Selain kemampuan menstabilkan kamera untuk rakaman pada 3 paksi, ia juga kini mempunyai sistem lampu dan sensor mengesan pergerakan DJI OM.

DJI Osmo Mobile 8 A

Menerusi sensor ini, gimbal boleh mengikut pergerakan subjek secara automatik tanpa memerlukan pengendali manusia. Menerusi aplikasi DJI Mimo, gimbal boleh mengenali gestur untuk memulakan rakaman video, mengambil gambar dan mengubah fokus bingkai sebelum rakaman dimulakan.

DJI Osmo Mobile 8 B

Kerana ia produk DJI, is serasi digunakan bersama mikrofon DJI 3, Mini dan yang telah pun dipasarkan. Telefon pintar boleh dipasang pada Osmo Mobile 8 menggunakan cagak cengkaman ataupun cagak magnet yang menyokong sistem MagSafe. Bateri yang disertakan membolehkan gimbal digunakan selama 10 jam dengan ia turut boleh menjadi powerbank untuk telefon pintar.

Di DJI Osmo Mobile 8 dijual pada harga bermula RMB 898 (~RM 532) untuk satu set lengkap. Harga di Malaysia masih belum diumumkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link