Treler GTA 6 Catat Rekod 475 Juta Tontonan Dalam Tempoh 24 Jam
May 8, 2025
•
Effi Saharudin
Treler terkini Grand Theft Auto VI kini mencatat rekod 475 juta tontonan dalam tempoh 24 juta menurut laporan The Hollywood Reporter. Ini ialah jumlah keseluruhan tontonan treler di pelbagai platform dengan ia mudah memintas rekod 93 juta tontonan untuk treler pertama. Ketika artikel ditulis, treler terkini sudah dintoton hampir 82 kali di saluran YouTube rasmi Rockstar Games.

Tontonan yang tinggi ini adalah kerana ramai ternanti-nanti treler baharu selepas menanti sejak Disember 2023. Ini dibantu juga dengan pengumuman GTA 6 telah ditangguhkan ke 26 Mei 2026 berbanding tarikh asal pada musim luruh tahun ini.
Selain treler, jumlah penstriman lagu “Hot Together” oleh The Pointer Sisters yang digunakan turut mencanak naik 182,000% di Spotify. Ini sekali lagi adalah jauh lebih tinggi berbanding peningkatan 37,000% untuk lagu “Love Is a Long Road” oleh Tom Petty yang digunakan dalam treler pertama.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.