Malaysia Oversight

Anwar jolok sarang terbuan, kata DAP

By MkiniBM in October 24, 2025 – Reading time 2 minute
Anwar jolok sarang terbuan, kata DAP


DAP mengecam kenyataan dibuat Perdana Menteri Ibrahim semalam mengenai penganjuran majlis melibatkan alkohol di dewan awam dalam kawasan sekolah – termasuk yang dibiayai oleh komuniti Cina.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng, berkata kenyataan dibuat di parlimen semalam seperti menjolok sarang tebuan kerana menimbulkan rasa tidak senang dan kecewa dalam kalangan masyarakat Cina.

Katanya, pandangan berkenaan dilihat sebagai pencerobohan yang tidak perlu terhadap adat resam yang telah lama wujud dalam komuniti terbabit.

Kata Ahli Parlimen Bagan itu, dewan komuniti Cina di sekolah vernakular – selama beberapa dekad – telah menganjurkan majlis perkahwinan, makan malam dan acara hiburan dengan alkohol dihidangkan secara tradisi.

Majlis sebegitu, kata Lim, dianjurkan di luar waktu sekolah dan tidak melibatkan mana-mana pelajar.

“Rasa tidak puas hati masyarakat Cina berakar umbi kerana membiarkan dirinya bertindak mengikut rentak pelampau dan perkauman dengan masuk campur, mengganggu dan menjekaskan aturan adat yang tidak menimbulkan kontroversi atau memberi kesan negatif kepada masyarakat ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lim juga berkata, ketika menjadi sebahagian daripada sebelum ini, parti terbabit pun tidak pernah campur tangan di sekolah rendah Cina dan aktiviti seumpama itu di dewan sekolah Cina diteruskan tanpa gangguan.

Loke berhubung dengan PM

Katanya, pendirian perdana menteri — walaupun digambarkan sebagai usaha untuk memelihara kesucian institusi pendidikan — kelihatan sesuai dengan sentimen “pelampau dan perkauman”.

“Lagipun, sekolah rendah Cina terkenal secara meluas sebagai institusi pendidikan yang cemerlang dan pelajarnya tidak terdedah kepada alkohol, malah memiliki akhlak dan nilai etika yang baik.

“Jumlah kes rogol, liwat atau penderaan seksual kanak-kanak di sekolah Cina – kalau pun berlaku – adalah rendah dalam kalangan semua jenis sekolah,” katanya.

Anwar semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam berkata, dia lebih suka jika alkohol tidak dihidangkan di kawasan sekolah, tetapi menyatakan ia hanya boleh dikuatkuasakan di sekolah kerajaan.

Perdana menteri juga menekankan pandangannya itu bukan untuk menyekat hak orang bukan , sebaliknya untuk menegakkan sekolah sebagai tempat pendidikan untuk kanak-kanak.

Dalam kenyataan sama, Lim turut menyatakan kebimbangan jika larangan pada masa hadapan akan diperluas kepada majlis komuniti yang menghidangkan daging .

“Memandangkan daging diharamkan di institusi kerajaan, adakah sekolah rendah Cina juga akan menyaksikan larangan menghidangkan daging di majlis-majlis adat seperti perkahwinan Cina, makan malam di kuil dan acara hiburan?” katanya.

Pada masa sama Lim memberitahu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, memahami kebimbangan yang timbul dan telah berhubung secara langsung dengan Anwar untuk mencari “penyelesaian yang boleh diterima”.

Kata Lim, Loke sebelum ini berjaya memastikan pelajar cemerlang SPM diberikan tempat dalam pusat matrikulasi dan pelajar cemerlang STPM diterima masuk ke universiti pilihan mereka.

“Kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan semangat keadilan dan persefahaman yang sama,” kata Lim.



Source link