Malaysia Oversight

Pendapat peribadi saya, rotan harus dikembalikan di sekolah

By MkiniBM in October 23, 2025 – Reading time 2 minute
Pendapat peribadi saya, rotan harus dikembalikan di sekolah


Perdana Menteri Ibrahim menyatakan pandangan peribadinya bahawa hukuman rotan wajar dikembalikan di sekolah dengan syarat-syarat yang ketat.

berkata, ketika menjadi guru suatu ketika dahulu, dia sendiri pernah merotan puluhan pelajar yang melanggar disiplin.

“Soal rotan, pandangan peribadi saya saya telah disuarakan, harus dikembalikan tapi dengan syarat-syarat ketat, bukan public caning.

“Saya pernah jadi guru dan saya ingat puluhan anak-anak saya dah rotan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH–Jelutong) yang bertanya apakah akan memperhalusi cadangan untuk mengembalikan hukuman rotan di sekolah.

f3062e1022429cdbf4004ad4557cbc48

Ketika perbahasan Belanjawan 2026 baru-baru ini, beberapa Ahli Parlimen — termasuk veteran DAP, Lim Guan Eng (PH–Bagan), Pengerusi Sabah, Bung Moktar Radin (–Kinabatangan) dan Azli Yusof (PH–Shah Alam) menyatakan sokongan terhadap cadangan supaya pelajar yang melanggar peraturan dikenakan hukuman rotan.

Sebelum ini, Rosol Wahid (PN–Hulu Terengganu) dari Bersatu juga mencadangkan agar hukuman itu diperkenalkan semula di sekolah-sekolah.

Dilakukan dengan syarat ketat

Mengulas lanjut, Anwar berkata ramai pendidik dan ibu bapa merasakan ada keperluan untuk mengembalikan semula hukuman rotan.

Bagaimanapun katanya, ia perlu dilakukan dengan syarat ketat termasuk ditugaskan kepada guru-guru tertentu serta dilakukan dalam bilik khas.

“Tetapi ini sekadar pandangan, bukan dasar . Saya percaya harus dipertimbangkan, diperhalusi dan libat urus dengan semua pihak yang akan dikendali oleh menteri pendidikan sebelum kita muktamadkan.

“Saya hanya beri pandangan peribadi kerana saya fikir bukanlah ia masuk kategori penderaan,” jelasnya.

Anwar juga berkata perkara itu perlu dibincangkan dengan kumpulan hak asasi manusia termasuk Suhakam yang menyifatkahn hukuman rotan sebagai satu bentuk penderaan.

“Rakan-rakan Suhakam beri pandangan yang agak keras, menolak sebarang tindakan yang dianggap penderaan. Tapi oleh itu kita kena bincang dengan semua,” katanya.

Cadangan berhubung pengembalian hukuman rotan di sekolah timbul susulan kematian tragis Zara Qairina Mahathir, pelajar perempuan berusia 13 tahun di Sabah.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan kes jenayah serius dalam kalangan remaja, sekali gus menghangatkan semula perbahasan mengenai masalah disiplin pelajar dan keselamatan di sekolah.

Baru-baru ini, seorang pelajar lelaki dilaporkan menikam sehingga mati seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Selain itu, dua kes salah laku seksual turut direkodkan baru-baru ini — masing-masing di Kedah dan Melaka.



Source link