Malaysia Oversight

IGP nasihati peserta protes anti-Trump elak kawasan KLCC

By MkiniBM in October 23, 2025 – Reading time 2 minute
IGP nasihati peserta protes anti-Trump elak kawasan KLCC


Polis hari ini menggesa kumpulan yang ingin membuat bantahan terhadap Presiden AS Donald supaya mengelak daripada mengadakan perhimpunan mereka berhampiran KLCC, yang menjadi lokasi Sidang Kemuncak Asean ke-47 minggu depan.

Memetik isu keselamatan awam dan imej negara, Ketua Polis Negara Khalid Ismail dilaporkan menawarkan penunjuk perasaan untuk mengadakan demonstrasi di tempat alternatif di pusat bandar, seperti Padang Merbok.

“Kami terus berhubung dengan NGO dan pihak terbabit untuk menasihati mereka supaya tidak mengadakan protes berdekatan KLCC, kerana ia melibatkan imej negara dan keselamatan awam,” katanya, dipetik New Straits Times.

Khalid dilaporkan bercakap kepada pemberita semasa raptai sidang kemuncak itu di KLCC pagi ini.

Menurut Khalid, polis mahu memastikan sebarang perhimpunan dijalankan secara aman dan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini atau provokasi.

9d97272916d6f20b74c8bb1e8617fb64

Sidang Kemuncak Asean akan diadakan di Kuala Lumpur dari 26 Okt hingga 28 Okt. Ia akan menyaksikan penyertaan pemimpin negara dari negara anggotanya dan rakan dialog utama Asean termasuk , Jepun, India dan AS.

, yang menerima kritikan hebat kerana peranannya yang membolehkan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza, telah mengesahkan kehadirannya pada majlis itu dan dijangka tiba di Kuala Lumpur Ahad ini.

Banyak kumpulan telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan demonstrasi bantahan terhadap semasa sidang kemuncak itu.

Antaranya ialah kumpulan advokasi pembebasan Palestin Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, yang berkata ia akan mengadakan bantahan bersama dengan lebih 23 organisasi rakan kongsi pada Ahad, untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kehadiran Trump pada majlis itu.



Source link