KUALA LUMPUR: Program bantuan sosial berdasarkan data pendapatan yang telah disahkan perlu dilaksana secara automatik tanpa permohonan semula setiap tahun. Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berkata, hal ini kerana proses permohonan bantuan sosial setiap tahun hanya melambatkan penyampaian bantuan kepada golongan yang memerlukan dan berdepan dengan pelbagai karenah birokrasi “Pangkalan data penerima bantuan seharusnya diintegrasikan dengan agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Pendaftaran…






