Malaysia Oversight

PM, Sanusi sepakat selesai pertikaian demi isu lebih penting

By MkiniBM in October 23, 2025 – Reading time 2 minute
PM, Sanusi sepakat selesai pertikaian demi isu lebih penting


Menteri Besar Kedah, Muhammad Md Nor, setuju untuk menarik balik dakwaan yang pernah dibuatnya ke atas Perdana Menteri Ibrahim semasa berucap sempena kempen PRU ke-15 di Tambun pada 2022.

Peguam , SN Nair, mengesahkan penyelesaian itu kepada Malaysiakini hari ini, dan perkara itu direkodkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar pagi tadi.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pula, dan berkata, mereka berpendapat pertikaian tersebut wajar ditamatkan secara muktamad kerana terdapat lebih banyak isu besar dan penting perlu diberikan perhatian demi kepentingan negara.

Kata mereka, kedua-dua pihak turut mengambil pertimbangan aspek kesan dan kos perundangan yang bakal ditanggung jika saman tersebut diteruskan.

Sehubungan dengan, kata kenyataan berkenaan, dengan terbuka, suci hati dan tanpa syarat menarik balik kenyataan-kenyataan dibuatnya terhadap Anwar pada 13 Nov 2022

“Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan daripada prosiding ini, kedua-dua pihak mengambil langkah penarikan balik ini sebagai usaha untuk menjernihkan keadaan dan mengekalkan hubungan yang baik dan berhemah antara (kami).

“Selaras dengan itu, YAB Dato’ Seri Anwar – yang menghargai usaha murni tersebut – bersetuju untuk menarik semula guaman sivil terhadap YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi tanpa perintah mengenai kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula,” katanya.

Kenyataan sama turut menegaskan yang Sanusi beriltizam untuk tidak mengulangi mana-mana perkataan yang menjadi asas tindakan guaman berkenaan selepas ini.

Kedua-dua ahli politik terbabit turut merakamkan penghargaan kepada hakim, Mohd Johan Lee, yang mengusahakan mediasi sehingga penyelesaian berkenaan dicapai, serta pegawai mahkamah yang berkhidmat dengan profesionalisme.

“Kedua-dua pihak berharap agar penyelesaian ini diterima dan dihormati oleh semua serta tidak dijadikan bahan untuk mengganggu gugat kesejahteraan, perpaduan dan keharmonian negara,” katanya.

Saman fitnah itu difailkan Anwar terhadap Sanusi pada 13 Dis tahun yang sama terkait beberapa dakwaan yang dibuat pemimpin berkenaan.

Antara lain Sanusi menuduh Anwar sebagai individu yang “tidak berakhlak” serta memberi bayangan yang Ahli Parlimen Tambun terbabit bukan seorang Muslim yang baik, selain menyalahgunakan kuasanya untuk mendapatkan pengampunan diraja.

Anwar kemudiannya menghantar surat tuntutan kepada Sanusi tiga hari kemudian dengan menuntut Ketua Pengarah Pilihan Raya PN berkenaan menarik balik kenyataannya dan memohon maaf tanpa syarat, serta membayar ganti rugi RM10 juta dan yuran guaman.



Source link