Aplikasi Endless Summer Memalsukan Gambar Melancong Untuk Insan Yang FOMO
Effi Saharudin
Anak-anak muda ingin melancong ke luar negara tetapi hakikatnya ramai tidak mampu kerana kekurangan dana serta kos sara hidup yang sangat tinggi. Oleh sebab itu jika ada yang berjaya ke luar negara, ratusan gambar dimuat naik ke media sosial sehingga mewujudkan FOMO dalam kalangan pengikut. Bagi mereka yang FOMO kerana tak mampu tetapi masih ingin berangan pergi melancong, aplikasi Endless Summer telah dilancarkan.

Endless Summer meminta pengguna memuat naik swafoto dan kemudian imej janaan kecerdasan buatan (AI) mereka melancong ke luar negara akan dijana. Model AI Google Nano Banana digunakan untuk menghasilkan gambar palsu yang kelihatan realistik.
Aplikasi dibangunkan oleh Laurent Del Rey, seorang kakitangan Met Superintelligence Labs sebagai cara untuk menaikkan semangat pengguna yang kepenatan di tempat kerja dan memerlukan manifestasi impian pergi ke lokasi pelancongan yang menarik.
Endless Summer hanya ditawarkan di iOS sahaja pada ketika ini dengan janaan enam gambar percuma. Selepas had dicapai, pengguna perlu membayar $3.99 untuk janaan 30 gambar, $17.99 untuk 150 atau $34.99 untuk 300. Bagi mereka yang tidak ingin melanggan kepada Endless Summer, anda boleh melakukan janaan yang sama dengan melanggan kepada pelan Google Gemini pada harga yang lebih rendah.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






