Malaysia Oversight

Menantu Muhyiddin yang diburu hidup mewah di Asia Barat

By MkiniBM in October 23, 2025 – Reading time 1 minute
Menantu Muhyiddin yang diburu hidup mewah di Asia Barat


Ahli perniagaan yang menjadi buruan, Adlan Berhan — menantu kepada Yassin — dilaporkan menikmati kehidupan mewah walaupun dalam pelarian.

Akhbar New Straits Times melaporkan bahawa ia menerima beberapa gambar yang menunjukkan Adlan bersama tokoh-tokoh ternama Asia Barat yang tidak dinamakan.

Akhbar berbahasa Inggeris itu juga mendakwa bahawa Adlan — yang meninggalkan Malaysia pada tahun 2023 — telah melakukan perjalanan dari sebuah negara di Asia Barat yang tidak dinyatakan untuk bercuti, termasuk ke Thailand, dan dilaporkan bermain golf dan mengunjungi lapang sasar menembak.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata Adlan berada di sebuah negara di Asia Bart yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.

Adlan dan peguamnya, Mansoor Saat kini dikehendaki berhubung dengan satu projek melibatkan penyelewengan dalam pendaftaran biometrik, pengambilan, dan penyimpanan data pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Ahli perniagaan itu sedang berdepan pertuduhan pecah amanah jenayah berkaitan kes tersebut.

Pada Ogos 2023, Adlan melalui peguamnya menafikan bahawa dia melarikan diri daripada pihak berkuasa. Dia mendakwa meninggalkan negara atas urusan perniagaan dan berjanji akan pulang ke Malaysia sekiranya tiada unsur “ancaman dan penganiayaan”.



Source link