Malaysia Oversight

AADK perkenal latihan TVET untuk tingkat kebolehpasaran klien

By TheSun in October 23, 2025 – Reading time 1 minute
AADK perkenal latihan TVET untuk tingkat kebolehpasaran klien


: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan memperkenalkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada kliennya mulai tahun hadapan bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan serta mengurangkan risiko penagihan semula.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata program itu akan dimulakan dengan projek rintis di beberapa Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) menggunakan peruntukan awal sebanyak 1 juta ringgit.

Beliau menyatakan idea ini telah dibentangkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara dan telah dipersetujui.

Saifuddin berkata program itu akan memberi peluang kepada klien AADK memperoleh sijil kemahiran yang diiktiraf sekali gus membolehkan mereka kembali ke pasaran kerja selepas menamatkan rawatan pemulihan.

Beliau menegaskan pendekatan ini berjaya membantu mengurangkan kadar penagihan semula seperti model latihan kemahiran yang dijalankan di institusi penjara.

Selain TVET simposium itu turut mengemukakan empat lagi resolusi termasuk pelaksanaan Pelan Komunikasi Antidadah berasaskan bukti.

Resolusi lain termasuk gerakan massa sebagai strategi nasional bersepadu mencapai Dadah Terkawal 2030 serta peluasan rawatan dan pemulihan secara sukarela.

Resolusi terakhir melibatkan penguatkuasaan berasaskan teknologi dalam memerangi dadah.

Saifuddin menegaskan resolusi tersebut akan dijadikan asas kepada penggubalan dasar baharu Kementerian Dalam Negeri bagi memperkukuh pelan pencegahan dan pemulihan dadah negara.

Beliau menekankan dadah kekal menjadi ancaman dan soal memerangi dadah kekal sebagai keutamaan nombor satu .

Simposium sehari itu menghimpunkan lebih 1,000 penyelidik, penggubal dasar, penguat kuasa, ahli akademik dan pertubuhan bukan bagi membincangkan isu penagihan dadah. – Bernama



Source link