Malaysia Oversight

Lenovo Memperkukuh Visi ‘Smarter AI for All’ Melalui Inisiatif Teknologi Pintar 

By Amanz in October 22, 2025 – Reading time 3 minute
Lenovo Memperkukuh Visi ‘Smarter AI for All’ Melalui Inisiatif Teknologi Pintar 


Lenovo baru-baru ini mengadakan sesi meja bulat bersama beberapa media tempatan di Malaysia untuk membincangkan perkembangan terkini dalam bidang kecerdasan buatan (AI). Tujuan sesi ini adalah bagi memperkukuhkan visi global Lenovo iaitu ‘Smarter AI for All’ yang menekankan usaha agar teknologi AI menjadi lebih mudah diakses dan memberi manfaat kepada organisasi, pengguna serta komuniti.

Smarter AI for All 4 edited

Selain itu, Lenovo turut menegaskan komitmen mereka dalam menyokong organisasi bagi memodenkan operasi, meningkatkan infrastruktur dan mempercepatkan transformasi digital di rantau Asia Pasifik. Di samping itu, Lenovo turut mengakui peranan penting Malaysia hab AI yang sedang berkembang, selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi peneraju dalam teknologi masa depan.

Smarter AI for All 1

Lenovo kini mengendalikan 18 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di seluruh dunia dengan fokus kepada ujian komponen, ketahanan bahan, dan pembangunan teknologi AI. Syarikat ini beroperasi di lebih 180 pasaran, disokong oleh 72,000 tenaga kerja dan lebih 30 lokasi pengilangan global. Untuk menyokong operasi berskala besar, Lenovo turut memperkukuh rantaian bekalan dan pengilangan demi memastikan perkhidmatan pelanggan kekal stabil.

Smarter AI for All 8

Pendapatan Lenovo kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada jualan komputer. Segmen bukan PC kini menyumbang hampir 50% daripada keseluruhan pendapatan syarikat. Ini menunjukkan perubahan strategi Lenovo ke arah penyelesaian berasaskan AI dan usaha mempercepatkan transformasi digital.

Di Malaysia, Lenovo menyokong usaha untuk meluaskan penggunaan teknologi AI. Syarikat ini membuat peranti pintar dan solusi digital yang membantu organisasi bekerja lebih mudah, beri pengalaman yang lebih baik kepada pengguna, dan jaga keselamatan data.

Smarter AI for All 7

Lenovo turut memperkenalkan teknologi penyejukan cecair untuk pusat data bagi menyokong keperluan pemprosesan berprestasi tinggi yang diperlukan oleh aplikasi AI berskala besar termasuk model bahasa seperti Chat GPT. Teknologi ini membantu dalam menjimatkan tenaga dan memastikan sistem sentiasa stabil walaupun beroperasi dalam keadaan yang berat.

Smarter AI for All 5

Lenovo juga menggunakan teknologi agent AI yang boleh bertindak sendiri untuk mencapai matlamat tertentu. Oleh itu, ia membolehkan automasi pintar dalam urusan seperti khidmat pelanggan, pengurusan bekalan dan bantuan peribadi. Hal ini menunjukkan bahawa AI kini bukan sekadar untuk menganalisis data malah mampu membuat keputusan dan bertindak sendiri mengikut keperluan.

Smarter AI for All 6

Untuk organisasi yang ingin melaksanakan agent AI, Lenovo menyediakan penyelesaian menyeluruh merangkumi kilang AI hibrid, pustaka solusi sedia guna, dan rangkaian perkhidmatan lengkap bagi menyokong pelaksanaan serta pengembangan teknologi tersebut.

Penyelesaian itu telah digunakan dalam pelbagai sektor seperti sukan (termasuk kerjasama dengan F1 dan FIFA), logistik (seperti Esteologistics), media dan runcit. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengurus kandungan secara lebih pintar dan automatik.

Smarter AI for All 88

Di peringkat nasional, Malaysia giat melabur dalam infrastruktur, bakat tempatan dan teknologi AI dengan sasaran untuk menjadi negara AI menjelang 2030. Walaupun bermula agak lewat berbanding negara lain, komitmen terhadap inovasi dijangka dapat mempercepatkan kemajuan dan merapatkan jurang dalam ekosistem AI tempatan.

Lenovo turut menekankan pentingnya memulakan projek AI secara kecil dengan tujuan yang jelas dan pulangan pelaburan (ROI) yang nyata. Syarikat juga digalakkan memastikan strategi data dan infrastruktur telah siap sebelum melaksanakan AI kerana kegagalan projek sering berlaku apabila tiada asas data dan sistem yang kukuh.

photo 6323301327533968642 y

Sebagai alternatif kepada pembinaan model bahasa tersendiri, Lenovo mencadangkan agar organisasi menggunakan model sumber terbuka yang diselaraskan dengan data dalaman. Pendekatan ini lebih menjimatkan kos, mudah dikawal dan membolehkan organisasi mengekalkan kawalan penuh terhadap data mereka.



Source link