Malaysia Oversight

Kerajaan komited perkasa PKS melalui pelbagai inisiatif

By TheSun in October 22, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan komited perkasa PKS melalui pelbagai inisiatif


KUALA LUMPUR: komited untuk terus memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelbagai inisiatif termasuk jaminan tambahan, kemudahan pembiayaan serta sokongan bagi memperkukuh inovasi dan pendigitalan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim berkata langkah ini penting bagi memastikan Malaysia mencapai aspirasinya untuk kekal sebagai hab pelaburan yang diyakini di rantau ini.

Beliau menegaskan ia juga bagi memastikan perusahaan tempatan dan syarikat pemula tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi global.

“Kita mahu melihat PKS tempatan lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa dan harus diingat bahawa haluan masa depan mesti berpaksikan teknologi, kelestarian dan keterangkuman untuk terus berjaya,“ katanya menerusi hantaran di laman sosial X.

yang juga Menteri Kewangan turut menyeru PKS agar tidak alpa kerana transformasi digital, kecerdasan buatan (AI) dan automasi bukan lagi satu kemewahan tetapi telah menjadi keperluan utama.

Beliau menekankan teknologi tersebut akan menentukan daya saing dan kemajuan negara pada masa hadapan. – Bernama



Source link