Malaysia Oversight

Empat remaja didakwa amang seksual terhadap gadis 15 tahun di Baling

By TheSun in October 21, 2025 – Reading time 1 minute
Empat remaja didakwa amang seksual terhadap gadis 15 tahun di Baling


BALING: Empat remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Kesemua tertuduh berusia antara 15 hingga 17 tahun terdiri daripada tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sekolah menengah.

Mereka didakwa secara berasingan di hadapan Hakim Rohaida Ishak dalam prosiding tertutup.

Pertuduhan melibatkan amang seksual fizikal terhadap mangsa di ladang sawit Becah Sawa, Siong dan di dalam kelas sebuah sekolah menengah.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada bulan Jun, Julai dan Ogos lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirul Halimi Md Salleh manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Seebutan semula kes ditetapkan pada 27 November hadapan.

Kes ini terbongkar selepas bapa mangsa berusia 53 tahun memaklumkan guru disiplin sekolah mengenai penularan rakaman video anaknya.

Media sebelum ini melaporkan penahanan empat remaja itu berkaitan kes seksual dan penyebaran bahan lucah. – Bernama



Source link