Huawei Bakal Perkenal Telefon Versi “Air” Tersendiri Tidak Lama Lagi
Aman
Huawei di China kini telah menerima kelulusan persijilan untuk telefon pintar baharu yang dinamakan Huawei Mate 70 Air. Telefon ini dijangka akan hadir dengan rekaan yang nipis, selari dengan penawaran beberapa telefon pintar kebelakangan ini dengan rekaan nipis dan ringan.

Buat masa ini, ketebalan telefon berkenaan masih tidak diketahui lagi. Huawei Mate 70 Air akan menggunakan skrin 6.9-inci, dengan storan sehingga 512GB dan memori sehingga 12GB RAM. Huawei juga mungkin menggunakan integrasi esim pada telefon pintar ini dalam mengekalkan kenipisannya.
Telefon baharu ini dilihat akan dipasarkan di China, dan hadir dengan sistem operasi HarmonyOS 5.0 secara terbina.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pelancaran Huawei Mate 70 Air dalam masa terdekat ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






