Malaysia Oversight

IQOO Pad 5e Dilancarkan – Skrin 2.8K 144Hz Dan Bateri 10,000mAh

By Amanz in October 21, 2025 – Reading time 1 minute
IQOO Pad 5e Dilancarkan – Skrin 2.8K 144Hz Dan Bateri 10,000mAh


IQOO Pad 5e Dilancarkan – Skrin 2.8K 144Hz Dan Bateri 10,000mAh

October 21, 2025
IQOO
Vivo

Amy Maizuraa

IQOO Pad 5e telah dilancarkan secara rasmi dengan spesifikasi yang seimbang untuk pengguna moden. Ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 12.05-inci beresolusi 2.8K dalam nisbah aspek 16:10 serta kadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 bersama pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

IQOO Pad 5e 111

Tablet ini turut menjalankan OriginOS 5 (for tablet) berasaskan Android 15 untuk pengalaman perisian terkini yang mesra pengguna. Ia dilengkapi dengan kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP bagi memenuhi keperluan fotografi asas. Melengkapkan ciri-cirinya ialah bateri berkapasiti 10,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W untuk penggunaan sepanjang hari tanpa gangguan.

IQOO Pad 5e 001

Ciri tambahan lain termasuk empat pembesar suara terbina, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4 dan port USB Type-C untuk sambungan yang serba boleh. Harga jualan bermula RMB1999 (~RM 1,186) sebuah.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link