Malaysia Oversight

Ada pihak ketiga cucuk Bersatu ketepikan Hamzah

By MkiniBM in October 21, 2025 – Reading time 2 minute
Ada pihak ketiga cucuk Bersatu ketepikan Hamzah


Ahli Parlimen Machang mendakwa, ada pihak tertentu yang kurang senang dengan keberadaan Hamzah Zainudin dalam Bersatu sehingga wujud cubaan untuk mengetepikan timbalan presiden mereka itu.

Bercakap dalam program audio siar The Zaid Ibrahim Podcast semalam, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa pihak yang terbabit bersependapat Hamzah sedang membayangi kepemimpinan Presiden Bersatu, Yassin.

Kata Wan Ahmad Fayhsal antara punca rasa kurang senang sesetengah pihak dalam Bersatu terhadap Hamzah ialah faktor dia diterima baik oleh untuk mengemudi PN menghadapi pilihan raya akan datang.

Dia yang sedang menjalani hukuman penggantungan keanggotaan oleh Bersatu mendakwa, cubaan mengetepikan Hamzah itu dibuat sejak Ahli Parlimen Larut berkenaan berkhidmat sebagai setiausaha agung parti.

312090883919b225cf0077cdc9a40d8e

“Ada ketika hubungan Datuk Seri Hamzah dan presiden () agak renggang kerana (kehadiran) orang ketiga yang mencucuk, apabila beliau (Hamzah) lebih ke depan dan mendapat liputan.

“Ini kerana beliau hanya setiausaha agung yang dilantik, jadi, (sepatutnya) pandai-pandailah, jangan membayangi (presiden).

“Apabila nak ke depan, ada orang presiden tegur beliau balik. Ini masalah yang dihadapi beberapa tahun ini,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal merupakan seorang daripada beberapa pemimpin Bersatu yang dilihat tidak sehaluan dengan dan berada bersama kelompok yang dekat dengan Hamzah.

Boleh berperanan dengan berkesan

Dia juga semakin lantang bersuara sejak dikenakan hukuman penggantungan keanggotaan selama sepenggal. Selain Wan Ahmad Fayhsal, ada lima pemimpin Bersatu – termasuk seorang di peringkat pusat – dikenakan hukuman lebih berat iaitu dipecat.

Mereka ialah Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang pernah diangkat menjadi Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, serta empat pemimpin di peringkat bahagian iaitu Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya), Mohd Faizal Asmar (Pengerang), Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang).

Mereka dihadapkan ke Lembaga Disiplin selepas kontroversi berhubung isu akuan berkanun (SD) yang didakwa dibuat bagi mendesak Muhyiddin berundur daripada memimpin parti itu serta digantikan oleh tokoh lain.

Dalam program audio siar malam tadi, Wan Fayhsal bagaimanapun tidak menyatakan siapa orang ketiga yang didakwanya “mencucuk” kepemimpinan Bersatu agar mengetepikan Hamzah.

Sementara itu, dalam program sama Wan Ahmad Fayhsal mendedahkan bahawa juga turut memilih Hamzah untuk menjadi ketua pembangkang apabila PN gagal membentuk selepas PRU ke-15 lalu.

Kata bekas ketua Pemuda Bersatu itu, keputusan menamakan Hamzah dibuat dalam satu mesyuarat melibatkan para pemimpin PN itu menyebabkan Muhyiddin agak terkejut.

“Saya lihat Tan Sri Muhyiddin agak terkejut kerana Datuk Seri Hamzah ketika itu ialah Setiausaha Agung PN.

“Jadi, pun nampak Datuk Seri Hamzah memainkan peranan yang berkesan untuk menyatukan jentera PAS dan Bersatu,” katanya.



Source link