Lockheed Martin Memperlihatkan Keluarga Dron VTOL Sayap Terbang Untuk Kargo dan Senjata
Effi Saharudin
Tahun ini setiausaha perang Amerika Syarikat Pete Hegseth mengesahkan kemampuan dron negara tersebut adalah di belakang negara seperti Turkiye, China, Rusia dan Iran. Medan perang Ukraine dan Azerbajian menunjukkan dron kecil yang murah berbanding senjata konvensional amat efektif dalam medan peperangan moden. Oleh itu pengeluar senjata mula membangunkan pelbagai sistem dron baharu dengan harapan ia digunakan tentera Amerika.

Lockheed Martin Sikorsky telah memperlihatkan keluarga dron sayap terbang VTOL Nomad yang boleh digunakan untuk membawa kargo dan juga menjadi platform senjata. Hadir dengan empat saiz berbeza, kesemua Nomad terbang dan mendarat secara menegak. Terdapat dua pod untuk enjin pada sayap dan bahagian tengah yang menempatkan ruang kargo atau senjata mengikut keperluan misi.

Tidak seperti dron biasa, Nomad mempunyai rekaan pesawat konvensional dengan ia melakukan perubahan daripada penerbangan menegak ke mendatar tanpa sistem kipas sending seperti pesawat V-22 Osprey.

Setakat ini Sikorsky telah berjaya menerbangkan prototaip Nomad 50 dengan sayap sepanjang 10.3 kaki dengan Nomad 100 dengan sayap 18 kaki sedang dibina. Ini kemudiannya boleh dibesarkan menjadi dron Kumpulan 4/5 dengan berat 1,320 paun dan ke atas.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






