Malaysia Oversight

Kamera Mangkuk Tandas Kohler Menganalisa Tinja Bagi Tujuan Kesihatan

By Amanz in October 21, 2025 – Reading time 1 minute
Kamera Mangkuk Tandas Kohler Menganalisa Tinja Bagi Tujuan Kesihatan


Kamera Mangkuk Tandas Kohler Menganalisa Tinja Bagi Tujuan Kesihatan

October 21, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Banyak indikator kesihatan boleh kita lihat daripada tinja yang diloloskan keluar daripada tubuh setiap hari. Misalnya warna air kencing yang gelap ialah petanda awal kerosakan ginjal dan najis yang keras ialah kerana kurangnya minum air. Tetapi berapa ramai dalam kalangan pembaca melihat tinja tubuh semasa di dalam tandas? Kohler, pengeluar perkakasan tandas telah melancarkan kamera Dekoda yang akan menganalisa tinja tubuh secara automatik.

Kohler Dekoda Kamera Tandas A

Ia dipasang pada mangkuk tandas dan sensor Dekoda akan mengesan darah dalam air kencing, menyukat tahap hidrasi tubuh dan menganalisa kesihatan perut berdasarkan air besar. Menurut Kohler Dekoda dibangunkan selepas kajian dilakukan lebih 10 tahun dengan lebih 1. 2 juta titik data dikumpul.

Kohler Dekoda Kamera Tandas B

Lebih daripada satu individu boleh menggunakan Dekoda dalam satu isi rumah kerana sebelum menggunakan tandas imbasan cap jari perlu dilakukan untuk mengesahkan identiti. Bagi yang risau mengenai privasi, kamera Dekoda hanya memandang ke bawah maka tidak akan timbul isu kesipuan gambar lain yang diambil. Kohler membuka pratempahan Dekoda pada harga $599 (~RM 2531) sebuah.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link