Malaysia Oversight

iOS 26.1 Memberikan Pilihan Untuk Mengubah Tahap Telus Cahaya Liquid Glass

By Amanz in October 21, 2025 – Reading time 1 minute
iOS 26.1 Memberikan Pilihan Untuk Mengubah Tahap Telus Cahaya Liquid Glass


iOS 26.1 Memberikan Pilihan Untuk Mengubah Tahap Telus Cahaya Liquid Glass

October 21, 2025

Effi Saharudin

Menerusi iOS 26, iPadOS 26, watchOS 26, dan macOS Tahoe 26, memperkenalkan antaramuka baharu Liquid Glass ke semua sistem operasi mereka. Ciri ini memberikan kesan seakan antaramuka diperbuat daripada kaca yang telus. Ada yang menyukainya dan ada juga yang merasakan Liquid Glass membuatkan sesetengah elemen antaramuka sukar untuk dibaca.

iOS 26.1 Clear Tinted Liquid Glass

Hari ini melancarkan iOS 26.1 beta 4, iPadOS 26.1 beta 4, dan macOS 26.1 beta 4 yang memberikan pilihan kepada pengguna untuk menukar tahap telus Liquid Glass. Pilihan yang diberikan ialah Clear untuk tahap ketelusan sedia ada dan Tinted yang mengurangkan tahap ketelusan dengan imej belakang nampak lebih kabur.

Tinted pada hemat kami membuatkan iOS 26 kelihatan seperti iOS 18. Pada skrin kunci misalnya kotak yang memaparkan notifikasi mempunyai latar belakang kelabu yang membuatkan teks jauh lebih mudah dibaca. Jika anda merindui iOS 18, tetapan Tinted ini serasi dengan anda.

Dengan iOS 26.1 beta telah dijalankan selama tiga minggu, versi akhir iOS 26.1 pastinya akan tiba dalam masa terdekat bersama dengan kemas kini sistem operasi yang lain.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link