GPS Jam Tangan Pintar Memberikan Kejituan Sehingga 8 cm Menggunakan Algoritma Baharu
Effi Saharudin
Sistem GPS untuk orang awam seperti yang pernah kami tulis beberapa tahun lalu mempunyai ketepatan penjejakan lokasi sekitar 1.5 meter dalam keadaan paling optimum. Dalam situasi biasa seperti memandu kereta, kejituan tidak begitu penting tetapi jika anda seorang pelumba lari atau sedan berada di dalam hutan kejituan adalah amat penting untuk keselamatan.

Penyelidik dari University of Otago dengan kerjasama Google dan Chinese Academy of Sciences telah membangunkan algoritma baharu yang memberikan kejituan GPS sehingga 8cm pada sebuah jam tangan pintar. Penjejakan yang cukup jitu ini dilakukan setiap saat secara berterusan selama 4 jam dalam ujian yang dilakukan. Sistem satelit GPS, Galileo, BeiDou dan QZSS digunakan untuk mencapai tahap kejituan yang cukup tinggi ini.
Menurut penyelidik, sistem penjejakan lokasi yang lebih jitu membolehkan aktiviti sukan dirakam degan lebih baik tetapi amat berguna dalam situasi kecemasan. Misalnya jika pengguna mengalami kecemasan ketika berbasikal atau sesat di dalam hutan, lokasi mereka dapat diberikan dengan lebih tepat kepada pasukan kecemasan yang ingin mencari mereka.
Penyelidik kini akan melakukan beberapa lagi ujian dalam kawasan tertutup dan lokasi lebih mencabar seperti di dalam ngarai bagi memastikan algoritma beroperasi seperti sepatutnya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






