Dengan Adobe AI Foundry Pemegang IP Boleh Menghasilkan AI Generatif Menggunakan Data Sendiri
Effi Saharudin
Selepas Sora dilancarkan beberapa minggu lalu, muncul isu video yang dijana melanggar hak cipta sehingga memaksa OpenAI untuk menghalang watak Mario, Sonic. Michael Jackson dan Martin Luther King dijana. Model kecerdasan buatan (AI) yang dilatih menggunakan IP milik orang lain tanpa kebenaran ialah isu besar sehingga menyebabkan beberapa kes saman telah difailkan.

Semalam Adobe AI Foundry telah dilancarkan dengan ia membenarkan pemegang IP melatih model AI generatif menggunakan data mereka sendiri. Dengan bantuan Adobe Firefly, pemegang IP boleh membangunkan model yang tidak akan melanggar IP syarikat lain dan selamat digunakan bagi tujuan komersial.
AI Foundry boleh menjana teks, gambar, video dan juga objek 3D sama seperti kemampuan Adobe Firefly sebelum ini. Ia dipasarkan kepada pelanggan komersial yang ingin menggunakan AI generatif tetapi tidak ingin melanggar hak milik syarikat lain dan risau janaan AI yang dihasilkan tidak konsisten dengan karya yang pernah dihasilkan sebelum ini.
Pelanggan awal AI Foundry ialah Home Depot dan Walt Disney Imagineering.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






