IQOO 15 Dilancarkan – Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Dan Bateri 7000mAh
Amy Maizuraa
iQOO baru saja melancarkan telefon mercu terbarunya iaitu IQOO 15 di China sebentar tadi. Peranti ini hadir dengan spesifikasi berkuasa yang sesuai untuk gaming dan tugasan harian secara seimbang.

iQOO 15 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.85-inci beresolusi 3168 x 1440 piksel dan menyokong kadar segar semula 144Hz serta teknologi HDR. Peranti ini dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama pilihan memori 16GB RAM dan storan sehingga 1TB.
Ia juga menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16 lengkap dengan sokongan ciri pintar seperti Jovi yang menawarkan fungsi cadangan, arahan suara dan imbasan pintar untuk pengalaman penggunaan yang lebih menyeluruh.

Sistem kamera iQOO 15 hadir dengan tiga lensa belakang dengan masing-masing beresolusi 50MP. Ia terdiri daripada kamera utama Sony dengan OIS, periskop yang menyokong sehingga 100x zum digital, dan kamera ultra-lebar.
Menariknya, modul kamera belakang turut dilengkapi dengan jalur LED RGB bagi menambah elemen yang menarik pada rekaan peranti. Di bahagian hadapan, terdapat kamera 32MP yang menyokong rakaman video sehingga 4K manakala kamera belakang pula mampu merakam sehingga 8K.
iQOO 15 turut dilengkapi bateri berkapasiti besar 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W serta nirwayar 40W. Harga jualan iQOO 15 ditawarkan mengikut konfigurasi memori dan storan seperti berikut:
- 12GB + 256GB – RMB 4199 (~RM2490)
- 16GB + 256GB – RMB 4499 (~RM2668)
- 12GB + 512GB – RMB 4699 (~RM2786)
- 16GB + 512GB – RMB 4999 (~RM2964)
- 16GB + 1TB – RMB 5499 (~RM3261)
- 16GB + 512GB (Honor of Kings 10th Anniversary Collector’s Edition) – RMB 5499 (~RM3261)
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






