Google Meraikan Ulangtahun TWICE Yang Ke-10 Menerusi Ikon Lolipop Dan Kad Gambar Ucapan Khas
Ikhwan Nazri
Telah menjadi kebiasaan Google untuk menyambut sesuatu menerusi halaman carian mereka, seperti lakaran khas untuk sambutan Hari Merdeka, mahupun untuk personaliti tempatan seperti Kamn Ismail, Azah Aziz, Saloma, dan bermacam lagi. Hari ini Google telah menghasilkan kad gambar yang mengandungi ucapan dari ahli TWICE sempena ulang tahun mereka yang ke-10.

Kad gambar ini akan terpapar sekiranya pengguna melakukan sebarang carian dengan kata kunci ’TWICE’. Terdapat satu ikon gula-gula lolipop yang akan terpapar dibahagian bawah keputusan halaman carian, dan apabila ikon gula-gula tersebut ditekan, terdapat kad gambar yang akan terpapar secara rawak. Sebanyak 19 kad gamabr disediakan, dan kad gambar ini merupakan satu perkara yang sinonim dengan peminat K-Pop dimana kad gambar sebegini biasanya turut disertakan menerusi pembelian album, mahupun barangan rasmi mereka.



TWICE merupakan kumpulan K-Pop yang ditubuhkan pada 20 Oktober 2015 menerusi program realiti Sixteen. Mereka juga merupakan kumpulan K-POP yang terpantas dalam mencapai jumlah penstriman 7 bilion di Spotify, mengambil masa sepantas 1971 hari atau 5 tahun sejak mereka menyertai platform tersebut. Untuk tiga tahun iaitu 2019, 2020 dan 2022 TWICE juga turut tersenarai sebagai Kumpulan Paling Popular Di Malaysia menerusi Spotify Wrapped. Mereka bakal mengadakan konsert di Stadium Hoki Bukit Jalil pada akhir minggu ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






