Shopee Hadir Dengan Pelan Langganan ShopeeVIP Pada RM6.99 Sebulan – Berikan Baucar Diskaun Dan Kelebihan Tambahan
Aman
Shopee kini telah mula menawarkan akses ShopeeVIP kepada sejumlah pelanggan terpilih, membolehkan mereka melanggan pelan bulanan ini dalam menikmati sejumlah faedah eksklusif. ShopeeVIP ini ditawarkan secara percuma untuk bulan pertama, dan seterusnya dikenakan caj sebanyak RM6.99 sebulan.

Melalui ShopeeVIP, ia memberikan baucar untuk pembelian di Shopee, baucar untuk ShopeeFood, diskaun untuk pengguna SPayLater, dan juga diberikan akses khidmat pelanggan yang diutamakan. Disamping itu, Shopee turut menyediakan penghantaran percuma untuk penghantaran yang diuruskan oleh Shopee.

Langkah pengenalan ShopeeVIP ini dilihat adalah usaha Shopee dalam terus menjana pendapatan tambahan, terutamanya daripada pengguna tegar Shopee. Ia juga mungkin langkah dalam mengurangkan penawaran diskaun dan baucar kepada pengguna, dan menawarkan ia kepada pengguna yang melanggan pelan berbayar ini sahaja.
Untuk makluman, pihak Amazon sedia menawarkan Amazon Prime kepada pengguna di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula, beberapa perkhidmatan yang menawarkan langganan juga adalah Grab dengan Grab Unlimited, selain FoodPanda dengan FoodPanda Pro.
Bagi anda, adakah anda akan melanggan ShopeeVIP ini?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






