Malaysia Oversight

Anwar kunjungi kediaman Gobind Singh raikan Deepavali

By MkiniBM in October 20, 2025 – Reading time 1 minute
Anwar kunjungi kediaman Gobind Singh raikan Deepavali


Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim hari ini mengadakan kunjungan ke kediaman Menteri Digital Gobind Singh Deo sempena sambutan Deepavali.

Menerusi perkongsian di Facebook, berkata kunjungan itu bertujuan meraikan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

2008fa58944fb8bbc06d26606dbd8e23

“Semoga seluruh penganut berbahagia di samping keluarga tersayang,” katanya.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beberapa pemimpin kanan turut hadir, antaranya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

b57cf35f22fb33b270f01bbbb06767d2

turut memuat naik tujuh keping gambar sempena kunjungan berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam satu hantaran berasingan menyeru rakyat memanfaatkan sambutan Pesta Cahaya itu untuk menyemai perpaduan, menyantuni mereka yang memerlukan dan memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara.

be01e1fbf1bff475debbe5515ba5e055

Beliau berkata sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, semangat saling menghormati serta persefahaman antara satu sama lain perlu sentiasa dipupuk dan diperkukuh.

– Bernama



Source link