Pemilik Apple iPhone 17 Pro Melaporkan Isu Peranti Berubah Warna
Effi Saharudin
Sudah beberapa minggu iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max dijual ke pasaran global dengan ia mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Warna Cosmic Orange menjadi pilihan ramai kerana ianya unik dan belum pernah ditawarkan sebelum ini. Tetapi kini muncul laporan pengguna merungut 17 Pro dan 17 Pro Max yang dibeli mengalami isu perubahan warna.

Warna tubuh, bonggol dan panel kaca untuk MagSafe berubah dengan wujud insiden peranti kini berubah menjadi warna merah jambu. Pembeli peranti dalam warna Deep Blue turut melaporkan isu sama dengan warna biru pekat menjadi semakin cair secara perlahan-lahan sebelum merebak.
Muncul spekulasi warna berubah keran terdedah kepada sinar matahari yang terang. Kami tidak melihat isu ini pada iPhone 17 Pro yang baru sahaja diulas minggu lalu. Insiden juga hanya melibatkan sebahagian kecil pembeli sahaja setakat ini. Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






