X Lancarkan Laman Menjual Akaun-Akaun Yang Tidak Lagi Aktif
Effi Saharudin
Laman X dahulunya dikenali sebagai Twitter telah berusia 18 tahun. Dalam tempoh hampir dua dekad ini, terdapat banyak akaun-akaun yang mempunyai nama yang menarik tetapi tidak lagi aktif. Bagi menangani isu akaun menarik yang tidak lagi aktif, X melancarkan laman Handles untuk membida hak memiliki akaun-akaun yang kini terabai.

Pelanggan Premium+ dan Premium Business kini boleh menyatakan minat mengambil alih akaun yang ingin dimiliki menerusi Handles. Pemegang akaun Premium Business akan diberikan kelebihan untuk melakukan permohonan lebih awal berbanding pelanggan Premium+. Jika diluluskan mereka boleh menggunakan akaun yang dipohon asalnya mereka kekal melanggan kepada Premium Business.
Untuk akaun-akaun yang lebih unik dan menarik seperti yang mempunyai aksara pendek, ia akan akan dijual tetapi hanya selepas menerima jemputan atau dalam permohonan yang dibuka pada waktu-waktu tertentu sahaja. X mengatakan akaun unik akan dijual dalam julat serendah $2500 dan meningkat ke tujuh angka berdasarkan keunikan namanya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






