Malaysia Oversight

Durioo+ Hadir Dengan Promosi Langganan RM30 Untuk Tiga Bulan

By Amanz in October 19, 2025 – Reading time 1 minute
Durioo+ Hadir Dengan Promosi Langganan RM30 Untuk Tiga Bulan


Durioo+ Hadir Dengan Promosi Langganan RM30 Untuk Tiga Bulan

October 19, 2025
Penstriman
Startup

Aman

Durioo+ merupakan salah satu perkhidmatan penstriman yang dibangunkan di Malaysia dengan fokus terhadap kandungan mesra kanak-kanak. Ia telah beroperasi untuk beberapa tahun, dan menawarkan lebih 20,000 kandungan melaluinya. Kebanyakkan kandungan juga turut menerapkan nilai-nilai murni dan gaya hidup melaluinya.

Durioo Movie Pack

Durioo+ sebelum ini menawarkan pelan bulanan mereka pada harga RM19.90 sebulan. Namun, kini Durioo+ turut hadir dengan promosi khusus, menawarkan pelan dinamakan Durioo Movie Pack pada harga langganan RM30 untuk tiga bulan. Ini sekaligus membawa harga langganan ia kepada RM10 sebulan, sekaligus dilihat lebih murah sedikit berbanding pelan langganan tahunan.

Pihak Durioo turut menyatakan harga langganan akan menjadi RM35 untuk tiga bulan selepas promosi pendaftaran ini untuk mereka yang melanggannya. Pengguna boleh mengakses 20,000 kandungan termasuk lebih 15 filem dibawah pakej ini, termasuk akses di 4 peranti secara serentak, serta sokongan penggunaan tanpa internet.

Durioo hadir dengan promosi ini selari pengenalan filem Goldbeak The Movie yang dialih-suara ke bahasa Melayu secara eksklusif di platform tersebut.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link