Malaysia Oversight

Realme Memperlihatkan Peranti Konsep Dengan Bateri 10,000mAh

By Amanz in May 7, 2025 – Reading time 1 minute
Realme Memperlihatkan Peranti Konsep Dengan Bateri 10,000mAh


Realme

Realme Memperlihatkan Peranti Konsep Dengan Bateri 10,000mAh

May 6, 2025

Amy Maizuraa

Jika anda beranggapan bahawa bateri 8,000mAh sudah cukup besar, sebenarnya terdapat yang lebih besar iaitu 10,000mAh. Realme kini memperlihatkan peranti konsep baharu dengan kapasiti bateri yang besar ini.

Realme bateri 10000

Berdasarkan imej yang dikongsi, peranti ini diletakkan dalam siri GT dan hadir dengan reka bentuk serba putih serta tubuh yang melengkung. Rekaannya juga nipis yang bertentangan dengan tanggapan umum bahawa peranti sebegini sepatutnya kelihatan besar dan berat. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan bonggol kamera di bahagian belakang yang menempatkan sistem dwi-kamera.

Bagaimanapun, peranti ini masih dalam bentuk konsep buat masa ini tanpa sebarang maklumat lanjut mengenai spesifikasi bateri atau sistem pengecasan yang disokong. Namun, menurut sumber, Realme menggunakan komposisi anod generasi baharu dalam baterinya, dengan ketumpatan 10% silikon, iaitu ketumpatan tertinggi yang pernah digunakan dalam mana-mana bateri telefon pintar setakat ini.

Realme GT3 240W 03

Konsep ini turut menimbulkan persoalan tentang ketahanan bateri serta teknologi pengecasan yang bakal digunakan. Jika berjaya dikomersialkan kelak, ia berpotensi menjadi inovasi baharu dalam dunia telefon pintar. Selain itu, Realme sebelum ini turut menarik perhatian ramai sebagai salah satu jenama terawal yang memperkenalkan teknologi pengecasan terpantas 240W.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link