Spotify Kini Memperlihatkan Berapa Kali Sesuatu Podsiar Telah Dimainkan
May 6, 2025
•
Aman
Spotify kini menambah sokongan metrik pada platform mereka, sekaligus membolehkan pengguna melihat berapa kali sesuatu podsiar telah dimainkan. Buat masa ini, sokongan metrik ini hanya memfokuskan kandungan berbentuk podsiar – sama ada dalam bentuk audio ataupun video.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengguna dengan mudah melihat episod yang popular dan paling banyak didengar dibawah sesuatu penerbit atau saluran. Spotify menyasarkan langkah ini akan turut membuatkan pengguna ingin mendengar sesuatu podsiar yang lain memandangkan ia telah sedia didengar ramai.
Pada masa yang sama, langkah ini turut membolehkan penerbit kandungan membandingkan podsiar mereka dengan penerbit lain.
Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat oleh Spotify.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.