Malaysia Oversight

Ramanan nafi dakwaan krisis dalam Mitra

By MkiniBM in October 18, 2025 – Reading time 2 minute
Ramanan nafi dakwaan krisis dalam Mitra


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), R Ramanan menafikan dakwaan kononnya wujud krisis dalam Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra).

Menjawab pertanyaan media berhubung dakwaan pergeseran antara dirinya dan Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (JPPK) Mitra, P Prabakaran, Ramanan menyifatkan tuduhan itu tidak benar dan hanya rekaan pihak tertentu di media sosial.

“Siapa yang cakap ada krisis? Ini tak ada krisis. Kadang-kadang ada di laman media, dia tak ada cerita nak buat, jadi dia reka cerita.

“YB Prabha baru jumpa saya, kami masih berkawan dan bekerjasama. Tak ada krisis. Mitra terus buat kerja mereka seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2025 di Brickfields, hari ini.

aa8ab491904eccb586e916dc413c7290

Ramanan menjelaskan, dia dan Prabakaran yang juga ahli parlimen Batu, masih bekerjasama rapat dalam memastikan semua program untuk komuniti India dijalankan secara telus dan berlandaskan tata kelola yang baik.

Untuk rekod, Malaysiakini sebelum ini melaporkan beberapa insiden antara Ramanan dan Prabakaran dalam urusan Mitra, termasuk mesyuarat JPPK Mitra yang dipengerusikan Ramanan di Bangunan Parlimen tanpa kehadiran Prabakaran.

Terbaru, Ramanan yang juga naib presiden mengumumkan dia menerima arahan Perdana Menteri Ibrahim untuk kembali menerajui Mitra.

Bagaimanapun, Prabakaran ketika dihubungi kemudian berkata dia belum menerima sebarang surat rasmi atau arahan daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung sebarang perubahan kepimpinan dalam badan tersebut.

fb667c1722f54958d9c84d25fafbee9c

Mengulas lanjut, Ramanan yang juga ahli parlimen Sungai Buloh menegaskan bahawa tugasnya hanyalah menyelaras agensi dan program bagi komuniti India supaya bergerak seiring, bukan mengambil alih kuasa atau peranan mana-mana pihak.

“Seperti yang perdana menteri sebut, banyak agensi bawah bantu komuniti India. Jadi untuk koordinasi sahaja, saya diberi tanggungjawab itu. Bukan saya ambil alih, bukan saya curi.

“Saya harap media yang beretika jangan masuk dalam lubang itu. Banyak sekarang berita palsu tengah beredar.

“Mungkin kadang-kadang ada pandangan berbeza, tapi kita semua perpaduan, kerajaan Madani. Kita hanya ikut satu pimpinan – Datuk Seri Ibrahim. Tak ada dua kepala,” katanya.

Ramanan turut menjelaskan Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Inisiatif India (JPIMI) yang baru ditubuhkan akan berfungsi bersama Mitra bagi memastikan setiap keputusan dibuat secara kolektif dan telus.



Source link