Malaysia Oversight

Nintendo Menyaman Syarikat Pengeluar Aksesori Yang Meniriskan Rekaan Switch 2

By Amanz in May 6, 2025 – Reading time 2 minute
Nintendo Menyaman Syarikat Pengeluar Aksesori Yang Meniriskan Rekaan Switch 2


Lain-lain

Nintendo Menyaman Syarikat Pengeluar Aksesori Yang Meniriskan Rekaan Switch 2

May 6, 2025

Nazrin

Sebelum pengumuman rasmi Nintendo mengenai konsol Nintendo Switch 2 mereka beberapa bulan lalu, ia telah ditiris lebih awal sewaktu acara CES 2025, melalui sebuah syarikat pembuat aksesori permainan video yang bernama Genki.

Nintendo Switch 2 main

Nintendo mengatakan bahawa Genki telah melanggar hak penggunaan tanda dagang Nintendo dan bertindak dalam memasarkan produk mereka secara palsu, khususnya dengan mengatakan bahawa aksesori mereka boleh digunakan bersama-sama dengan konsol tersebut, walaupun Genki dikatakan tidak mempunyai akses kepada konsol tersebut pada waktu itu.

Nintendo Switch 2 saiz A

Banyak laporan dan artikel diperlihatkan setelah Genki menunjukkan objek olokan Nintendo Switch 2 tersebut, dimana Nintendo bukan sahaja terpaksa mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa ia bukanlah olokan rasmi oleh Nintendo, tetapi juga mengeluarkan video promosi secara awal untuk mengekang “berita palsu” tentang rekaan konsol Nintendo Switch 2.

Genki kemudiannya mengatakan bahawa mereka tidak menggunakan konsol olokan yang didapati secara haram, tetapi dibina melalui butiran rekaan yang tertiris di arena web. Saman Nintendo terhadap Genki termasuk kenyataan yang dikeluarkan ini, tetapi Genki juga mengatakan bahawa tiada apa yang berubah, kerana aksesori-aksesori mereka masih akan menyokong rekaan konsol baru tersebut.

Nintendo Switch 2 Joy Con B

Genki mengatakan bahawa mereka akan menggunakan khidmat guaman mereka dan akan mengambil kes saman ini secara serius, mengatakan bahawa mereka akan mengeluarkan kenyataan mengenainya kelak.

Nintendo Switch 2

Pra-tempahan untuk konsol Nintendo Switch 2 sudahpun dibuka di Jepun dan Amerika Syarikat, dimana ia dijangka akan tiba untuk pasaran Malaysia secara rasmi pada sekitar bulan Julai-September ini.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link