Kerajaan Bercadang Tingkatkan Had Umur Minima Guna Media Sosial Kepada 16 Tahun
Aman
Baru-baru ini, Menteri Komunikasi telah mengatakan pihak SKMM akan mula mengadakan pertemuan dengan syarikat media sosial berkenaan dengan penguat-kuasaan had umur minima untuk penggunaan media sosial. Tidak setakat itu, kini Menteri Komunikasi turut berkongsi mengatakan kerajaan bercadang untuk meningkatkan had umur minima untuk menggunakan media sosial daripada 13 tahun, kepada 16 tahun.

Beberapa perkara berkaitan dengannya perlu diteliti terlebih dahulu, terutamanya dari segi aspek teknikal dan juga kebolehlaksanaan. Meningkatkan had umur ini dijangka boleh membendung gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah.
Selain media sosial, Perdana Menteri turut berkongsi pada hari ini yang kerajaan sedang meneliti dalam melarang pelajar bawah 16 tahun daripada menggunakan telefon pintar – sekaligus lebih mengawal ketagihan digital, selain pengaruh negatif media sosial dan permainan atas-talian.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






