Malaysia Oversight

Pengeluaran Microsoft Surface Akan Dipindahkan Keluar Dari China

By Amanz in October 17, 2025 – Reading time 1 minute
Pengeluaran Microsoft Surface Akan Dipindahkan Keluar Dari China


Pengeluaran Microsoft Surface Akan Dipindahkan Keluar Dari

October 17, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Microsoft akan memindahkan pengeluaran Surface dan kelengkapan pusat data dari ke negara lain seawal tahun depan menurut laporan Nikkei Asia. Pemindahan ini dilakukan secara menyeluruh termasuk pembuatan komponen dan tidak terhenti sekadar di tahap pemasangan. Keputusan diambil selepas melihat impak tarif yang dikenakan ke atas produk diimport daripada yang telahpun memaksa Microsoft menaikkan harga jualan Xbox Series X dan S di Amerika Syarikat tahun ini.

Microsoft Surface Pro Laptop 2024

Dalam laporan yang sama, Microsoft dikatakan meminta 80% komponen pusat data perlu diambil daripada luar China dengan dipercayai ia juga akan digunapakai pada pengeluaran Surface dalam masa terdekat. Tidak diketahui ke mana pengeluaran akan dipindahkan.

Langkah memindahkan pengeluaran ini sudahpun dilakukan sejurus selepas Tarif diumumkan pada April lalu. memilih India dan Vietnam sebagai pusat pengeluaran produk untuk pasaran Amerika. Percaturan nyata berbaloi kerana minggu lalu mengenakan tarif tambahan 100% ke atas China selepas negara tersebut menyekat eksport sumber nadir bumi.

Presiden dan Xi dipercayai bersetuju melakukan pertemuan empat mata di Korea Selatan hujung bulan ini sempena persidangan APEC. Ini diharap akan dapat menyelesaikan pelbagai isu berkenaan perdagangan antara dua negara dengan saiz ekonomi terbesar dunia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link