Malaysia Oversight

Apple Merancang Untuk Hadir Dengan MacBook Pro Guna Skrin Sentuh Seawal 2026

By Amanz in October 17, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Merancang Untuk Hadir Dengan MacBook Pro Guna Skrin Sentuh Seawal 2026


Merancang Untuk Hadir Dengan MacBook Pro Guna Skrin Sentuh Seawal 2026

October 17, 2025

Aman

Bloomberg kini berkongsi mengatakan dalam perancangan untuk memperkenalkan komputer riba dengan sokongan skrin sentuh seawal penghujung 2026 atau pada awal 2027 kelak. Langkah ini juga akan mengubah pendirian Apple selama ini yang tidak menyertakan skrin sentuh pada komputer riba – berbeza dengan langkah Microsoft.

MacBook Pro

Pada hari ini, Apple sedia memberikan pengalaman seumpamanya melalui iPad. Tetapi dengan integrasi pada MacBook Pro, ia akan perlu pengoptimasian antaramuka yang selari dengan skrin sentuh, selain turut akan membawa kepada perubahan pengguna dari segi interaksi dan produktiviti.

Apple dijangka akan menggunakan panel OLED, selain tidak lagi akan menyertakan takuk pada skrin. Sebaliknya Apple akan menggunakan lubang kamera kecil seperti pada beberapa telefon pintar hari ini.

Pengenalan komputer riba ini juga dijangka menawarkan kemaskini pada rekaan MacBook Pro tersebut sendiri. Bloomberg turut mengatakan pengenalan ini turut akan membawa kepada peningkatan dari segi harga jualan MacBook Pro kelak.

Info lain masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan kedengaran menjelang pengenalannya yang dijadualkan sekitar setahun lebih lagi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link