Malaysia Oversight

Windows 11 Dikemaskini Dengan Ciri Khadam AI Copilot Yang Dikawal Dengan Suara

By Amanz in October 17, 2025 – Reading time 2 minute
Windows 11 Dikemaskini Dengan Ciri Khadam AI Copilot Yang Dikawal Dengan Suara



Windows 11 Copilot Voice Vision Ejen AI

Windows 11 Dikemaskini Dengan Ciri Khadam AI Copilot Yang Dikawal Dengan Suara

October 17, 2025
Kecerdasan Buatan
Microsoft

Effi Saharudin

Adakah anda berharap ada khadam yang melakukan kerja remeh di pejabat? Kerap bingung bagaimana menggunakan sesetengah perisian? Jangan malu mengaku kerana hakikatnya kita hanya manusia dan tidak tahu semua perkara. Pagi ini Microsoft mengumumkan kemas kini untuk Windows 11 yang sekelip mata mengubah semua Copilot+ PC menjadi khadam yang boleh dikawal dengan suara

Ciri baharu ini dikuasakan oleh Copilot Voice dan Copilot Vision. Dengan Copilot Voice anda boleh memberikan arahan suara untuk ia memberikan saranan bagaimana menggunakan sesuatu perisian yang anda mungkin tidak berapa mahir. Dengan bantuan Copilot Vision, adan boleh mengarahkan Copilot untuk melihat dokumen Word, Excel dan PowerPoint dan menyuruhnya mencadangkan apakah yang perlu diubah untuk menjadikannya lebih baik.

Pemilik boleh menyeru “khadam AI” ini dengan menyebit “Hey Copilot” dan ia turut mempunyai ciri memberikan cadangan ketika anda dalam sesi permainan video. Ciri bantuan dalam permainan video ini juga disokong pada konsol PC mudah alih ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X yang baru dilancarkan.

Seterusnya Micorsoft akan mengembangkan ciri Copilot Actions yang membolehkan Copilot berinteraksi dengan laman web, perisian dan fail yang terkandung dalam PC. Misalnya pengguna boleh menyuruh Copilot menyunting 10 gambar ketika bercuti dan selepas itu menghantarnya kepada ahli keluarga menggunakan emel.

Semua ini akan dilakukan di latar belakang sementara pemilik melakukan tugasan lain yang lebih penting di pejabat misalnya. Ejen AI ini boleh dipantau sepanjang masa bagi memastikan ia melakukan apa yang diarahkan dengan betul.

Dengan pengenalan pelbagai ciri kecerdasan buatan dan ejen Copilot ini, Microsoft cuba menarik minat orang ramai untuk berpindah ke platform mereka hanya beberapa hari selepas sokongan untuk Windows 10 dihentikan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link