Malaysia Oversight

Siri Oppo Find X9 Bakal Ke Pasaran Global Pada 28 Oktober 2025

By Amanz in October 16, 2025 – Reading time 1 minute
Siri Oppo Find X9 Bakal Ke Pasaran Global Pada 28 Oktober 2025


Siri Oppo Find X9 Bakal Ke Pasaran Global Pada 28 Oktober 2025

October 16, 2025
Lain-lain

Amy Maizuraa

Selepas pelancarannya di China, Oppo kini mengesahkan pelancaran global Find X9 dan Find X9 Pro yang akan berlangsung di Barcelona pada 28 Oktober 2025. Kedua-dua model dijangka menetapkan penanda aras baharu dalam fotografi mudah alih dan prestasi telefon mercu.

OPPO Find X9 Series Global Launch 1

Siri Oppo Find X9 tampil dengan reka bentuk baharu yang moden dan selesa. Find X9 dilengkapi skrin 6.59- inci manakala Find X9 Pro hadir dengan skrin lebih besar 6.78-inci. Kedua-dua model menggunakan cip Dimensity 9500 dan menjalankan ColorOS 16 yang menyokong ciri pintar seperti AI Portrait Glow serta sambungan lancar ke PC, Mac dan aksesori lain.

X9 Pro Titanium Charcoal X9 Titanium Grey X9 Velvet Red

Siri OPPO Find X9 hadir dengan sistem kamera Hasselblad dan enjin imej LUMO. Find X9 Pro dilengkapi kamera telefoto 200MP, manakala Find X9 menggunakan kamera 50MP. Ia juga menyokong ciri Stage Mode dan AI Sound Focus untuk rakaman video yang lebih jelas. Dari segi bateri, Find X9 mempunyai kapasiti 7025mAh dan Find X9 Pro pula 7500mAh.

MY preorder 1

Tempahan awal untuk siri Oppo Find X9 di Malaysia dibuka dari 17 hingga 28 Oktober dengan rebat pratempahan sebanyak RM50. Setiap tempahan turut menerima hadiah eksklusif Travel Companion Kit bernilai sehingga RM9581. Harga jualan rasmi masih belum diumumkan dan akan diketahui selepas pelancaran rasmi di Malaysia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link