Oppo Pad 5 Turut Dilancarkan Dengan Skrin 12.1″ dan Dimensity 9400+
Effi Saharudin
Oppo menggunakan kesempatan acara pelancaran siri Find X9 untuk melancarkan tablet baharu Oppo Pad 5. Tablet ini dilengkapi skrin 12.1″ LCD dengan kadar segar semula 144Hz serta bernisbah 7:5. Ia diperkasakan dengan cip Dimensity 9400+, memori sehingga 16GB LPDDR5X RAM, storan sehingga 512GB UFS 4.1 dan bateri 10,420 mAh yang menyokong pengecasan 67W.

Kamera di belakang sekadar 8MP dan kamera swafoto juga 8MP sahaja. Empat speaker disertakan untuk pengalaman audio yang menyeluruh. Kerana ia sebuah tablet, sokongan stylus Oppo Pencil Pro 2 disertakan. Selain itu aksesori papan kekunci fizikal turut ditawarkan untuk menggunakan Pad 5 sebagai sebuah komputer riba.

Sistem operasi yang digunakan ialah ColorOS 16 berasaskan Android 16. Seperkara lagi yang menarik ialah tablet ini hanya senipis 5.99mm dan seberat 577 gram. Peranti ditawarkan dalam warna Lucky Purple, Galaxy Silver, dan Space Gray dengan harga jualan bermula RMB 2,599 (~RM 1542) untuk versi 8/128 GB.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






