Malaysia Oversight

Aplikasi ParkEasy Berhenti Menerima Tempahan Untuk Pengecasan EV – Pengguna Diminta Beralih Ke Aplikasi Shell Recharge

By Amanz in October 16, 2025 – Reading time 1 minute
Aplikasi ParkEasy Berhenti Menerima Tempahan Untuk Pengecasan EV – Pengguna Diminta Beralih Ke Aplikasi Shell Recharge


Aplikasi ParkEasy Berhenti Menerima Tempahan Untuk Pengecasan EV – Pengguna Diminta Beralih Ke Aplikasi Shell Recharge

October 16, 2025
Aplikasi
Automotif

Aman

Shell kini memaklumkan, bermula 15 Oktober 2025, aplikasi ParkEasy tidak lagi menerima tempahan untuk pengecasan kereta elektrik, sebaliknya pengguna diminta untuk memuat-turun aplikasi Shell Recharge App daripada Apple App Store atau Google Play Store untuk terus menggunakannya. Shell minta pengguna melakukan peralihan daripada ParkEasy ke aplikasi baharu ini sebelum 30 November 2025.

Parkeasy Tamat

Pengguna ParkEasy sedia ada perlu memuat-turun dan mendaftarkan akaun baharu dalam menggunakannya. Pengguna diminta menggunakan nombor telefon dan emel yang sama untuk pendaftaran bagi memudahkan peralihan pelbagai status ke akaun baharu.

Bagi anda yang mempunyai kredit pada akaun, anda perlu ke halaman pemindahan kredit ParkEasy, dan melakukan proses melaluinya. Selepas melalui proses berkenaan, pengguna dijangka menerima kredit dalam tempoh 14 hari bekerja pada aplikasi baharu Shell Recharge App.

Sebab peralihan tidak dinyatakan, selain Shell menyatakan yang mana langkah ini adalah dalam usaha menambah-baik pengalaman pengecasan serta menawarkan pelbagai fungsi tambahan kepada pemandu kereta elektrik di Malaysia dan Singapura.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link