Malaysia Oversight

Lim gesa naikkan peruntukan rumah ibadat bukan Islam

By MkiniBM in October 16, 2025 – Reading time 2 minute
Lim gesa naikkan peruntukan rumah ibadat bukan Islam


PARLIMEN | Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng (PH–Bagan), menggesa meningkatkan peruntukan bagi rumah ibadat bukan , yang kekal pada jumlah sama sejak tiga tahun lalu.

Ketika membahaskan Belanjawan 2026, Guan Eng berkata peruntukan untuk rumah ibadat bukan (Ribi masih kekal sebanyak RM50 juta, sama seperti dalam Belanjawan 2023 dan 2024.

“Harap ini boleh dinaikkan supaya sekurang-kurangnya dapat memenuhi keperluan utk Ribi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dia turut menyorot peningkatan peruntukan untuk Jabatan Kemajuan Malaysia (Jakim) dari tahun ke tahun dan menyifatkan perkara itu diterima baik oleh rakyat termasuk yang bukan beragama Islam.

“(Peningkatan peruntukan Jakim pada 2024, kemudian 2025, 2026) ini diterima oleh rakyat termasuk yang bukan beragama Islam.

“Penduduk bukan Islam memohon agar peruntukan untuk rumah ibadat bukan Islam (Ribi) juga boleh dinaikkan daripada RM50 juta yang kini kekal sama dengan Belanjawan 2026 seperti tahun 2023,” katanya.

Guan Eng turut membangkitkan kesan tidak langsung daripada dasar yang mewajibkan pekerja asing mencarum dua peratus (2%) kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), khususnya terhadap perusahaan kecil dan sederhana (IKS).

Beliau mendakwa ada dalam kalangan pekerja asing enggan membayar bahagian caruman mereka, menyebabkan majikan terpaksa menanggung tambahan kos untuk mengekalkan keharmonian tempat kerja.

“Saya telah mendapat maklum balas daripada majikan yang menyatakan bahawa pekerja-pekerja asing enggan membayar dua peratus sumbangan KWSP mereka atas alsan bahawa ia tidak termaktub dalam kontrak pekerjaan dengan majikan. Kerana pada masa itu tidak ada disebut pun perlu membayar caruman dua peratus KWSP.

“Apabila undang-undang dipinda dan diluluskan, sudah terlewat. Sekarang apabila nak wajibkan mereka membayar dua peratus caruman KWSP, pekerja-pekerja asing enggan berbuat demikian dan demi memastikan mengekalkan harmoni perusahaan, ada majikan yang terpaksa membayar caruman KWSP dua peratus pekerja.

“Bermakna mereka membayar bukan sahaja bahagian dua peratus mereka tapi juga bahagian dua peratus pekerja asing. Bermakna empat peratus satu bulan, 48 peratus setahun, atau tambahan setengah bulan gaji setiap tahun,” jelasnya.

Tambah Guan Eng, langkah itu merupakan beban tambahan kepada IKS, di samping tekanan lain seperti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta kenaikan kos operasi.

“Inilah yang kita harus ambil kira apabila kita hendak tubuh satu dana untuk IKS ini membantu mereka menghadapi semua cabaran-cabaran yang saya gariskan,” katanya.

Pada 3 Feb lalu, Perdana Menteri Ibrahim mengumumkan bahawa jemaah menteri meluluskan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus masing-masing bagi pekerja asing dan majikan.

Kadar itu lebih rendah berbanding cadangan asal untuk menyamakan caruman dengan pekerja tempatan, iaitu 11 peratus bagi pekerja dan 12 hingga 13 peratus bagi majikan, selepas mendapat bantahan daripada kumpulan industri dan majikan.

Caruman KWSP bagi pekerja asing akan berkuat kuasa dengan gaji bulan ini, melibatkan semua pekerja bukan warganegara yang bekerja di Malaysia, kecuali pembantu rumah.

[Baca berita asal]



Source link