Malaysia Oversight

Toshiba Menyasarkan Pengeluaran HDD 40TB Menjelang 2027

By Amanz in October 16, 2025 – Reading time 1 minute
Toshiba Menyasarkan Pengeluaran HDD 40TB Menjelang 2027


Toshiba Menyasarkan Pengeluaran HDD 40TB Menjelang 2027

October 16, 2025
Perkakasan

Effi Saharudin

Cakera keras (HDD) semakin kerap digantikan oleh storan keadaan pepejak (SSD) kerana ia tidak begitu pantas khususnya untuk keperluan permainan video. HDD masih mempunyai kelebihan mempunyai kapasiti storan lebih besar, kitaran baca/menulis lebih lama dan harga lebih murah. Toshiba minggu ini mengumumkan teknologi baharu yang membuka pintu kepada penghasilan HDD dengan kapasiti 40TB.

Toshiba 12 platter 40TB

Teknologi Toshiba menyusun 12 cakera (platter) di dalam satu HDD 3.5 inci. Sebelum ini HDD dengan kapasiti terbesar 36TB hanya dilengkapi 10 platter. Penambahbaikan pada mekanisme menyusun platter, dan perubahan daripada substrat aluminium ke kaca membolehkan rekaan lebih nipis dicapai sekaligus meningkatkan kapasiti storan. HDD dengan kapasiti 4TB ini akan dipasarkan menjelang 2027 untuk pusat data.

Pesaing Toshiba, Seagate dan Western Digital juga ingin meningkatkan kapasiti HDD keluaran mereka dengan sasaran 100TB menjelang 2030.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link