Malaysia Oversight

Razer Kiyo V2 Dilancarkan – Kamera Web 4K HDR Untuk Penstriman Berkualiti

By Amanz in October 16, 2025 – Reading time 1 minute
Razer Kiyo V2 Dilancarkan – Kamera Web 4K HDR Untuk Penstriman Berkualiti


Razer Kiyo V2 Dilancarkan – Kamera Web 4K HDR Untuk Penstriman Berkualiti

October 16, 2025
Razer

Amy Maizuraa

Razer telah melancarkan dua kamera web baharu iaitu Razer Kiyo V2 dan Razer Kiyo V2 X dengan masing-masing direka khusus untuk penstriman berkualiti dengan paparan yang jelas.

Razer Kiyo V2 003 edited

Razer Kiyo V2 ialah kamera web beresolusi 4K/30FPS yang menawarkan paparan berkualiti dengan sokongan HDR. Ia menggunakan sensor Sony STARVIS 8.3MP untuk rakaman yang jelas dan terperinci. Kamera ini juga dilengkapi dengan ciri bingkai pintar yang secara automatik memastikan pengguna sentiasa berada di tengah paparan.

Razer Kiyo V2 002

Ia turut boleh menjejak wajah secara semula jadi dan melaraskan pencahayaan, imbangan putih serta mengurangkan hingar untuk hasil rakaman lebih kemas. Dengan sudut pandang yang luas, pengguna boleh merakam dari jarak dekat hingga paparan penuh tanpa herotan. Ia juga mudah disesuaikan melalui perisian Camo Studio termasuk pilihan latar belakang dan kesan kabur.

Razer Kiyo V2 009

Sementara itu, Razer Kiyo V2 X menawarkan rakaman 1440P/60FPS dengan auto fokus, lensa sudut lebar dan mikrofon terbina. Kamera juga dilengkapi dengan pengatup privasi serta boleh disesuaikan dengan mudah melalui perisian Razer Synapse. Kedua-duanya turut menyokong pelbagai resolusi termasuk 720P dan 1080P serta menawarkan reka bentuk plug-and-play yang mesra pengguna.

 New Razer Kiyo V2 Line

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link