Mahkamah Agung Sepanyol telah menolak rayuan yang difailkan oleh penimbang tara Gonzalo Stampa terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya kerana menghina mahkamah dalam kes tuntutan Kumpulan Sulu terhadap Malaysia.
Menurut kenyataan Bilik Operasi Sekretariat Khas Sulu, dalam keputusan sebulat suara yang diumumkan pada 8 Okt lepas, mahkamah berkenaan telah mengekalkan hukuman penjara enam bulan serta perintah larangan terhadap Stampa daripada bertindak sebagai penimbang tara selama setahun seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Jenayah Madrid pada 22 Dis 2023.
Keputusan ini adalah muktamad dan menandakan berakhirnya semua prosiding jenayah terhadap Stampa (gambar bawah) di Sepanyol.

– Bernama






