Pilihan raya negeri Sabah akan berlangsung pada 29 Nov.
Penamaan calon pula ditetapkan pada 15 Nov, menjadikan tempoh berkempen selama 15 hari.
Tarikh-tarikh itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kota Kinabalu sebentar tadi.
Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 6 Oktober lalu.
DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi dilantik.
[Berita penuh menyusul]






