Honor MagicPad 3 Pro Dilancarkan – Skrin 3.2K 165Hz Dan Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5
Amy Maizuraa
Honor telah melancarkan tablet baharu MagicPad 3 Pro di China sebagai kesinambungan kepada model sebelumnya. Ia hadir dengan cip berkuasa Snapdragon 8 Elite Gen 5 serta dipadankan dengan skrin LCD 13.3-inci 3.2K (3200 x 2136) yang menyokong kadar segar semula 165Hz.

Paparan ini menawarkan nisbah skrin-ke-badan 91%, nisbah aspek 3:2 dan kecerahan puncak 1100 nits. Selain itu, ia dilengkapi dengan pelbagai ciri perlindungan mata seperti DC dimming, AI Defocus, AI Dry Eye, perlindungan cahaya semula jadi, teknologi mengelakkan Motion Sickness dan bantuan waktu tidur berasaskan AI. Paparan ini juga telah menerima persijilan IMAX Enhanced dan HDR Vivid.

Tablet ini menjalankan MagicOS 10 berasaskan Android 16 untuk pengalaman penggunaan yang lebih pintar. Ia turut disertakan dengan HONOR Phantom Engine 3.0 yang berfungsi sebagai kebuk wap nipis bagi membantu pengaliran haba dengan kawasan pelesapan sebesar 65,485mm² serta menyokong teknologi PC-level Q-Sync buat kali pertama.

Untuk kamera, ia dilengkapi dengan kamera utama 13MP + 2MP dan kamera swafoto 9MP. Bateri pula berkapasiti besar 12450mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 80W berwayar serta 23W pengecasan berbalik melalui sistem pengurusan kuasa pintar HONOR Dujiangyan AI.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






