Malaysia Oversight

X Akan Memaparkan Negara Asal Pemegang Akaun Bermula Minggu Depan

By Amanz in October 16, 2025 – Reading time 1 minute
X Akan Memaparkan Negara Asal Pemegang Akaun Bermula Minggu Depan


X Akan Memaparkan Negara Asal Pemegang Akaun Bermula Minggu Depan

October 16, 2025
Aplikasi

Effi Saharudin

X akan memperkenalkan ciri memaparkan negara asal pemegang akaun bermula seawal minggu depan. Pengenalan ciri ini diumumkan oleh Nikita Bier yang merupakan ketua produk di X semalam. Selain menunjukkan negara asal, ciri menunjukkan berapa kali nama akaun diubah dan bilakah akaun dibuka juga akan dipaparkan dalam skrin tersendiri.

X Twitter Negara Asal nama diubah

Beliau menambah ciri memaparkan maklumat ini boleh dimatikan oleh pemegang akaun apabila dimatikan kelak. Maka sekiranya anda berharap ciri baharu ini dapat menyelesaikan isu astroturfing dan bot daripada luar negara cuba mencucuk jarum naratif jahat anda pastinya akan kecewa.

Platform milik Elon Musk mempunyai isu bot dengan langganan Twitter Premium yang serius. Isu akan dimainkan oleh gerombolan akaun berbayar yang mengaku berasal dari negara X tetapi sebenarnya dari negara Y. Sudah didedahkan beberapa insiden akaun pro Israel di X sebenarnya milik warganegara India yang merupakan penyokong tegar aktiviti genosid di Palestin. Ia juga digunakan negara tertentu untuk memanipulasi isu perkauman.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link