Malaysia Oversight

SPR tentukan tarikh pilihan raya Sabah hari ini

By MkiniBM in October 16, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah di Kota Kinabalu.

Mesyuarat berkenaan dijadual bermula pada 10 pagi sebelum satu sidang media diadakan pada 11 pagi.

Sidang media itu amat ditunggu-tunggu antaranya bagi mengetahui tarikh penting PRN Sabah ke-17 iaitu hari penamaan calon dan undi awal, hari pengundian serta tempoh berkempen.

Pada 6 Okt lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah ke-17.

– Bernama.



Source link