Malaysia Oversight

Dua suara pro-Palestin di parlimen Israel

By MkiniBM in October 16, 2025 – Reading time 6 minute
Dua suara pro-Palestin di parlimen Israel


KOLUM | Pada 13 Oktober 2025 lalu ketika Presiden Amerika Syarikat, Donald menyampaikan ucapannya di parlimen Israel, Knesset, dua orang wakil rakyat menjerit “teroris” pada beliau.

Kedua-duanya segera dipaksa keluar dari dewan. adalah dalam rangka kunjungan ke Israel selepas menandatangani perjanjian rancangan damai Gaza.

Siapakah mereka yang berani menjerit kata-kata itu di tengah-tengah dewan yang dipenuhi Zionis? Mereka adalah Ayman Odeh dan Ofer Cassif. Malah Odeh mengangkat satu poster bertulisan “Recognise Palestine” (Iktiraf Palestin).

Mereka menamakan sebagai pengganas kerana membantu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang merupakan penjenayah perang kerana melancarkan genosid di Gaza.

Trump meluluskan penghantaran senjata dan bom kepada Israel untuk membunuh penduduk Gaza, tua, muda dan kanak-kanak. Malah dalam ucapannya di Knesset itu, dia memuji Netanyahu kerana menggunakan sebaik-baiknya senjata yang dibekalkan AS.

9b7c8b109a62c067caefa73d99507f6b
Ayman Odeh

Satu petisyen oleh ahli-ahli Knesset untuk memecat Odeh pada Julai lalu gagal kerana tidak memperoleh 90 undi yang dikehendaki. Dalam undian itu, 73 sokong dan 15 menentang.

Ternyata Ayman menyokong penubuhan negara Palestin. Pada 22 Mei 2025, di Knesset, dia mengecam perang Gaza, sebelum diheret keluar dewan.

Dalam ucapan itu dia berkata “Gaza telah menang, Gaza akan menang.”

Ekoran itu, pada Jun lalu petisyen untuk memecatnya mencapai bilangan yang membolehkannya dilaksanakan.

Petisyen itu dikemukakan pada Januari 2025, oleh anggota Knesset.

Sebelum itu, pada November 2024, Odeh juga diheret keluar dewan selepas menyatakan bahawa Netanyahu adalah “pembunuh perdamaian bersiri “

Dalam ucapannya, dia menceritakan bagaimana seorang lelaki yang apartmen sewanya telah musnah dalam serangan udara Israel ketika dia keluar untuk mendapatkan sijil kelahiran dua anak kembarnya yang baru lahir. Serangan Israel itu membunuh kedua-dua bayi dan ibunya.

“Apakah wawasan anda? Jadi seorang pembunuh perdamaian bersiri,” katanya sebelum diheret keluar.

Wajah pragmatik sederhana

Ketika gencatan senjata Gaza pada tahun 2023, dia menyatakan kegembiraannya tebusan dan tahanan telah dilepaskan. Tebusan itu merujuk pada warga Israel yang ditahan Hamas. Sementara tahanan itu pula merujuk pada orang Palestin yang dipenjarakan Israel tanpa pendakwaan dan perbicaraan itu.

Odeh menjadi ahli parlimen pada tahun 2015. Menjelang pilihan raya umum itu Pengerusi Parti Hadash, Mohammad Barakeh meletak jawatan. Odeh dipilih sebagai Pengerusi Parti Hadash.

Dalam pilihan raya itu, Odeh mengetuai pakatan Joint List atau Senarai Bersama yang terdiri daripada Hadash, Balad, Senarai Arab Bersatu dan Taal. Joint List muncul sebagai kelompok ketiga terbesar dengan memperoleh 12 daripada 120 kerusi Knesset dan meraih 83 peratus daripada undi kawasan majoriti Arab. Penganalisis menyifatkan peningkatan undi yang banyak itu adalah kerana Odeh membawa wajah pragmatik dan sederhana.

Odeh menyertai Parti Hadash dan mewakilinya dalam Majlis Bandar Raya Haifa dari tahun 1998 hingga 2005 dan menjadi Setiausaha Agung parti itu pada itu pada tahun 2006.

Dalam pilihan raya umum tahun 2015 Hadash memenangi empat ketusi tetapi Odeh mendapat kedudukan keenam dalam senarai menyebabkan dia gagal untuk memasuki dewan parlimen. Hanya apabila dia menggantikan Mohammed Barakeh, barulah beliau memperoleh kerusi parlimen.

Hadash yang bermaksud Barisan Demokratik bagi Perdamaian dan Kesaksamaan ditubuhkam pada tahun 1977 apabila kumpulan parlimen Senarai Komunis Baharu (Rakah) dan Non-Partisan (Tidak Berparti) bergabung bagi menghadapi pilihan raya umum tahun 1977.

Pihak Non-Partisan termasuk anggota Black Panthers dan kumpulan-kumpulan sayap kiri bukan komunis. Dalam gerakan Hadash, terdapat Rakah yang menamakan diri sebagai Maki yang merupakan kependekan untuk Parti Komunis Israel pada tahun 1989.

Pada tahun 2018, Hadash terlibat dalam penubuhan pergerakan bersama Arab-Yahudi bagi penentangan pendudukan Israel ke atas Tebing Barat dan Gaza. Pergerakan iti bernama Omdin Beyachad bermaksud Tegak Bersama.

Dari segi fahaman politik, Hadash adalah parti berhaluan kiri yang mendukung ekonomi sosialis dan hak-hak pekerja.

Ia menekankan kerjasama Arab – Yahudi dan para pemimpinnya adalah yang awal menyokong penyelesaian dua negara, Palestin dan Israel. Kebanyakan pengundinya adalah dari kalangan orang Arab yang sekular dan datang dari kelas menengah dan tinggal di Israel utara yang merupakan daerah komuniti Arab Kristian.

Ia juga menarik 6,000 hingga 10,000 undi dari kalangan pendukung aliran jauh-kiri iaitu komunis dalam pilihan raya 2010-an.

Pendukung budaya dan sejarah Mizrahi

Parti itu juga menyokong pemansuhan semua pemukiman Israel dari Tebing Barat dengan pengunduran penuh Israel dari wilayah-wilayah yang diduduki Israel semasa Perang Enam Hari pada tahun 1967. Ini bermakna Israel perlu keluar dari Tebing Barat, Gaza dan Bukit Golan, Syria.

Hadash juga menyokong penubuhan negara Palestin di Tebing Barat dan Gaza serta pemberian hak dan ganti rugi kepulangan pelarian-pelarian Palestin.

Hadash juga menuntut pengiktirafan terhadap orang Arab Palestin dalam Israel sebagai golongan minoriti. Pafa tahun 2015. Hadash menyokong kempen antarabangsa supaya syarikat-syarikat perniagaan menghentikan operasi di pemukiman haram Yahudi di Tebing Barat.

6471932d1ad6d80efc52dbe78e863ed1

Dalam satu perdebatan yang disiarkan dalam televisyen dalam kempen pilihan raya pada Mac 2015, Avigdor Lieberman, Menteri Luar Israel menyifatkan Odeh sebagai “warganegara Palestin” yang tidak boleh diterima di Israel. Odeh jawab: “Saya amat diterima oleh tanah air saya. Saya adalah sebahagian daripada alam semula jadi di sekitarnya, pada lanskapnya” dengan kelahirannya di Israel berbanding dengan Lieberman yang lahir di Soviet Union.

Dalam pilihan raya terakhir Israel pada tahun 2022, Hadash memperolehi 178,735 undi dan memenangi empat daripada 120 kerusi Knesset.

Odeh dilahirkan pada tahun 1975 dan dibesarkan di Kababir, Haifa. Bapanya seorang pekerja binaan. Odeh adalah seorang Arab dari keluarga besar yang menganut Ahmadiah (Qadiani) tetapi ibu bapanya adalah Sunni Muslim.

Dia dihantar ke sekolah Kristian di mana dia adalah satu-satunya pelajar Muslim. Dia dengan bangga menunjukkan bahawa beliau mendapat A dalam mata pelajaran New Testament (Bible). Tetapi dia mengisytiharkan dirinya atheis yang melepasi kerangka agama dan etnik.

Odeh menyambung pelajarannya dalam bidang undang-undang di Universitas Craiova di Romania dari tahun 1998 hingga 2005. Ketika itu dia banyak menghabiskan masa dalam melibatkan diri dalam perhimpunan pro-Palestin dan membaca memoir-memoir pemikir politik dan pejuang revolusi.

Menurut Odeh, perkhidmatannya dalam Majlis Bandar Raya Haifa menyedarkannya bahawa Arab dan Yahudi mesti bekerjasama. Dia menyifatkan Haifa sebagai “bandar raya yang paling mempunyai pelbagai budaya paling liberal tetapi tetap sebuah bandar raya yang padu (homogenous) di Israel.”

Odeh menyatakan sokongan kuat kepada pengiktirafan budaya dan sejarah Mizrahi (Yahudi yang berbahasa dan berasal dari negara Arab) dalam wacana Palestin. Dalam ucapannya di Knesset pada Julai 2015, beliau menghujahkan bagaimana Negara Israel telah mendiskriminasi dan menekan budaya orang Yahudi yang berhijrah ke Israel dari negara-negara Arab dan . Orang Mizrahi pula adalah majoriti di Israel. Elit Israel sengaja hendak memisahkan orang Yahudi dengan Arab.

Menurut Odeh, peranan besar Yahudi dalam membentuk budaya moden Arab termasuk tokoh Yahudi terkenal seperrti Rabbi Daviv Buzaglo yang menulis puisi agama Yahudi dalam bahasa Arab dan tokoh-tokoh Yahudi yang popular di dunia Arab seperti Leila Mourad telah dilupakan oleh orang Yahudi dan Arab kerana konflik Arab-Israel sejak tahun 1948.

Ditambah pula, menurutnya, keinginan elit Israel untuk menampilkan wajah Barat terhadap orang Yahudi. Dia menyeru supaya menyokong jawatankuasa Knesset untuk memberi penekanan semula terhadap budaya Yahudi yang datang dari negara-negara Arab dan .

8a91f87018e292498bf9ad7f6b0f8158

Rakan seperjuangan Odeh, Ofer Cassif pula adalah seorang Yahudi yang lahir di Rishon LeZion pada tahun 1964. Dia dibesarkan dalam keluarga yang menyokong Mapai iaitu Parti Buruh Zionis pada zaman Mandat Palestin (British). Pada usia 16 tahun, dia menyertai Kem Kiri Israel. Cassif berkhidmat dengan Briged Payung Terjun Nahal dalam tentera Israel, IDF.

Ketika Intifada Pertama pada tahun 1987, dia dipenjarakan kerana sebagai anggota tentera enggan terlibat dengan penindasan terhadap orang Palestin.

Dia kemudian belajar falsafah di Universiti Hebrew di Baitulmaqdis dan memperoleh PhD dalam bidang falsafah politik di London School of Economics (LSE) dengan tesis bertajuk Mengenai Nasionalisme dan Demokrasi: Suatu Penelitian Marxis.

Dia kemudian menjadi pensyarah di Universiti Tel Aviv dan Kolej Akademik Sapir.

Cassif menjadi aktivis antiperang dan dipengaruhi Marxisme dan sosialisme. Dia menjadi pembantu parlimen bagi wakil Hadash, Meir Vilner.

Dia sendiri menjadi ahli parlimen pada pilihan raya umum 2019 dan ditempatkan di kedudukan kelima dalam senarai gabungan parti Hadash-Taal bagi slot Yahudi. Gabungan itu memenangi enam kerusi. Cassif terus mempertahankan kerusi dalam pilihan raya umum termasuk yang terakhir pada tahun 2022.

Ayman Odeh dan Ofer Cassif menjadi dua titik cahaya dalam dalam dewan parlimen Knesset yang gelap. Mereka berani menentang Donald Trump dan Benjamin Netanyahu yang bergelak ketawa apabila menyebut senjata dan bom yang dikirim oleh AS untuk membunuh rakyat Gaza, tua, muda dan kanak-kanak.


ZIN MAHMUD ialah seorang wartawan veteran dengan pengalaman lebih tiga dekad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link