Malaysia Oversight

Saya dan Muhyiddin masih tunggu permohonan maaf PM

By MkiniBM in October 15, 2025 – Reading time 2 minute
Saya dan Muhyiddin masih tunggu permohonan maaf PM


Seorang ahli parlimen pembangkang menegur Perdana Menteri Ibrahim kerana enggan memohon maaf berhubung dakwaannya bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Yassin pernah menyokong subsidi bahan api untuk warga asing.

Berucap di Dewan Rakyat hari ini, Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengeluarkan teguran itu kepada (Pakatan Harapan-Tambun) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), menuduh gagal menjalankan tugasnya dengan berkesan.

“Sehingga hari ini, saya dengan Pagoh () tentunya masih tunggu permohonan maaf yang dikatakan pada saya dan Pagoh yang menggalakkan pengagihan subsidi minyak pada bangsa asing, walhal tidak berlaku .

“Saya nak tanya MCMC sejauh mana siasatan dibuat? Sudah dua bulan masib belum ada jawapan, menunjukkan betapa tidak cekap MCMC. Kalau dah ada jawapan kita tunggu permohonan maaf daripada Tambun untuk jadi contoh tatakelola kepada seluruh masyarakat,” kata Ahli Parlimen Bersatu itu dalam perbahasannya untuk Belanjawan 2026.

Pada 5 Ogos, menafikan dakwaan dia mempertahankan pemberian subsidi petrol untuk warga asing, seperti yang didakwa Anwar di Dewan Rakyat sebagai menjawab celahan Rosol, yang meminta perdana menteri menamakan ketua pembangkang yang menyokong perkara itu.

Anwar kemudiannya mengarahkan MCMC melancarkan siasatan berhubung perkara itu. Sehingga 9 Sept, suruhanjaya itu masih belum melengkapkan siasatan untuk menentukan sama ada Muhyiddin telah membuat kenyataan yang didakwa oleh perdana menteri.

MCMC berkata sedang menunggu maklum balas lanjut daripada TikTok untuk menyelesaikan siasatannya.

MCMC bagaimanapun turut berkata ia telah menyerahkan penemuannya setakat ini kepada timbalan pendakwa raya untuk semakan dan arahan lanjut.

Semakan Malaysiakini sebelum ini mendapati cara maklumat itu disampaikan dalam video yang disiasat oleh MCMC, yang Muhyiddin didakwa telah membuat kenyataan seperti yang dikatakan Anwar, adalah sama seperti bagaimana tajuk berita palsu dikongsi di media sosial.

Susulan tindak balas terhadap dakwaannya, Anwar berkata dia bersedia memohon maaf kepada Muhyiddin sebaik sahaja MCMC menentukan sama ada sumber maklumat yang dipetik oleh perdana menteri itu adalah palsu.

Walaupun mengakui salah satu sumbernya telah disahkan tidak tepat, Anwar menegaskan dia juga mahu Muhyiddin memohon maaf kerana didakwa membuat kenyataan berbaur fitnah terhadap .

*Laporan oleh Qistina Nadia Dzulqarnain, Zarrah Morden, Haspaizi Zain



Source link