Oppo ColorOS 16 Dilancarkan Dengan Animasi, Kustomasi dan AI Yang Dikemaskini
Effi Saharudin
Oppo ColorOS 16 dilancarkan secara rasmi hari ini di China dengan ia sistem operasi yang berasaskan Android 16. Seperti tahun lalu tumpuan sekali lagi diberikan kepada kelancaran ketika digunakan, pengurangan penggunaan bateri dan integrasi sistem kecerdasan buatan (AI) yang lebih menyeluruh. Secara keseluruhan sistem operasi 26% lebih cekap, beban CPU dikurangkan 14%, aplikasi dilancarkan 28% lebih pantas masa muatan berkurangan 21%.

Sistem animasi baharu Seamless Animation menjadikan setiap interaksi lebih lancar dan responsif. Ini dilakukan menerusi Luminous Rendering Engine yang mengawal komponen visual dan Trinity Engine yang berfungsi apabila menggunakan aplikasi beban tinggi seperti permua dan melakukan multi tugas.

Antaramuka pula mengambil inspirasi daripada cahaya dan bayang-bayang yang nampaknya mengambil inspirasi daripada Apple Liquid Glass. Ini dapat dilihat pada widget di skrin kunci. Sistem operasi kini menyokong Always On Display secara skrin penuh, video dijadikan latar belakang dan Flux Home Screen yang mengubah saiz dan rekaan elemen skrin kunci mengikut imej latar.

Suntingan AI Portrait Glow mengubahsuai pencahayaan dalam gambar yang gelap dengan bantuan AI. Turut ditambah ialah AI Eraser, AI Unblur dan AI Reflection Remover. Ciri Master Cut pula membolehkan suntingan video dengan teks, audio, penuras dan kawalan kelajuan turut diperkenalkan.

Aplikasi O+ Connect menguatkan lagi integrasi ekosistem rentas sistem operasi Mac dan Windows. Komputer misalnya boleh dikawal menggunakan telefon pintar ColorOS 16. ColorOS 16 akan digunakan pada siri Oppo Find X9 terlebih dahulu dengan ia dilancarkan pada 28 Oktober. Kemas kini peranti lama akan dimulakan sejurus selepas ini bermula dengan siri Find N5 dan Find X8.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






